ABK23: Arif Aiman raih hatrik gelaran MVP, JDT dominasi pelbagai kategori


  • Podium
  • Isnin, 25 Mac 2024

Arif Aiman merangkul gelaran MVP Liga Malaysia buat kali ketiga berturut-turut.

PEMAIN Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23).

Bintang Harimau Malaya itu mencipta sensasi apabila berjaya merangkul gelaran tersebut untuk tiga musim berturut-turut sekali gus menguatkan namanya sebagai pemain handalan negara.

Selain daripada anugerah MVP, Arif turut membolot anugerah-anugerah lain seperti Anugerah Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik serta berkongsi Anugerah Kasut Emas Liga Super (tempatan) bersama-sama Faisal Halim dari Selangor FC.

Dalam anugerah-anugerah lain turut menyaksikan JDT menguasai pelbagai kategori seperti Kelab Terbaik, Penjaga Gol Terbaik, Pemain Tengah Terbaik serta Pemain Import Terbaik.

BACA LAGI: [VIDEO] Jose Mourinho jadi saksi pelumba MotoGP siuu lepas memang race di Portugal

BACA LAGI: ABK 2022: Arif Aiman tepati ramalan, sambar gelaran MVP 2 musim berturut-turut

Terengganu FC turut membawa pulang beberapa anugerah seperti Pertahanan Terbaik menerusi Azam Azmi, Pemain Terbaik Piala MFL (Ubaidullah Shamsul) serta Anugerah Fair Play.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi Anugerah Bolasepak Kebangsan 2023 (ABK23):

  • Pemain Paling Bernilai (MVP) - Arif Aiman (JDT)
  • Kelab terbaik - Johor Darul Ta'zim
  • Penjaga gol terbaik - Syihan Hazmi (JDT)
  • Pertahanan terbaik - Azam Azmi (Terengganu)
  • Pemain tengah terbaik - Afiq Fazail (JDT)
  • Penyerang terbaik - Arif Aiman (JDT)
  • Pemain import terbaik - Bergson da Silva (JDT)
  • Pemain muda terbaik - Arif Aiman (JDT)
  • Pemain Piala MFL terbaik - Ubaidullah Shamsul (Terengganu)
  • Jurulatih terbaik - Tan Cheng Hoe (Selangor)
  • Anugerah Fair Play - Terengganu FC
  • Kasut emas Liga Super - Ayron del Valle (Selangor)
  • Kasut emas Liga Super (tempatan) - Arif Aiman (JDT) & Faisal Halim (Selangor)
  • Kasut emas Piala MFL - Ebenezer Assifuah (Kedah Darul Aman)
  • Gol terbaik Liga Malaysia 2023 - Arif Aiman (JDT) menentang Perak

Berikut merupakan kesebelasan pemain yang memasuki senarai FAN XI piliihan penyokong:

Formasi 4-3-3: Syihan Hazmi (JDT), La'Vere Corbin-Ong (JDT), Shahrul Nizam (Terengganu), Jordi Amat (JDT), Azam Azmi (Terengganu), Park Tae-su (Sabah), Afiq Fazail (JDT), Manuel Hidalgo (Kedah), Arif Aiman (JDT), Ayron del Valle (Selangor), Bergson da Silva (JDT).

Jurulatih: Tan Cheng Hoe (Selangor) — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram