Tidak dibayar ikut beban kerja, Malaysia kehilangan khidmat bekas bintang EPL terajui NFDP


  • Podium
  • Selasa, 05 Mac 2024

Masalah gaji dan isu kontrak menyebabkan Holland terpaksa berpisah dengan NFDP pada 2014. — Agensi

PROGRAM Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (NFDP) dilaksanakan untuk membantu negara memastikan bakat ubi muda terus berkembang di peringkat akar umbi dan mempunyai pembangunan sistematik.

Penubuhan awal NFDP pada 2014 menyaksikan isu bekerja tanpa gaji berlaku sehingga memaksa sebanyak 10 jurulatih digugurkan kerana kontrak tidak diperbaharui atau mereka memilih meletakkan jawatan.

Memetik laporan media pada 10 tahun lalu, kehilangan beberapa jurulatih tempatan adalah disebabkan mereka bekerja tanpa gaji selepas kontrak mereka masih belum diperbaharui oleh NFDP.

Antara nama popular pengendali NFDP yang meninggalkan program akar umbi itu ialah Matt Holland, yang pernah beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan West Ham United pada zaman 90-an.

Difahamkan, Holland sepatutnya diberi kontrak baharu untuk jawatan baharu sebagai ketua unit penyeliaan prestasi dan teknikal namun kontrak bekas pemain antarabangsa Wales itu akhirnya tamat pada Mac 2014.

BACA LAGI: 'Benda baik pasti akan datang', Hidalgo beri mesej akhirnya temui jalan pulang ke Sri Pahang

WhatsApp Image 2024-03-05 at 14.43.43

Selepas meninggalkan NFDP, Holland kembali ke Malaysia dengan menyandang jawatan sebagai pengarah teknikal Perlis FA pada 2019. — Agensi

BACA LAGI: Tinggal tunggu 'done deal', Mano Polking bakal ikat kontrak bersama Selangor

Sebelum ditamatkan kontrak oleh pihak Majlis Sukan Negara dan program berkenaan, Holland menyandang jawatan sebagai pelatih untuk bahagian kejurulatihan NFDP.

"Saya mendapat tiga tawaran lain tetapi menolaknya demi NFDP. Saya kecewa kerana tidak dihormati dan dihargai selepas apa yang saya berikan kepada program ini untuk akar umbi Malaysia.

"Terdapat banyak platform yang tidak wujud selain tidak sesuai dengan program nasional dan bajet yang sangat tinggi.

"Saya ambil inisiatif untuk mengubah dan melakukannya di luar skop kerja saya untuk memastikan program ini dipacu ke hadapan dan melakukannya lebih daripada sebelum ini.

"Amat menyedihkan apabila saya tidak dapat meneruskan kerana saya berminat dengan NFDP. Tetapi saya tidak boleh bekerja jika tidak dibayar mengikut beban tugas serta kepakaran saya.

"Malah saya bersetuju untuk (meraih) kurang daripada apa yang saya minta pada mulanya tetapi tiada kontrak yang ditawarkan.

"Walaupun saya pergi dengan hati yang berat, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada NFDP," katanya ketika mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak tanah air sebelum berhijrah ke kelab Thailand, Army United.

Selepas empat tahun berkelana di Thailand dan India, Holland kembali ke Malaysia dengan menjadi Pengarah Teknikal Perlis FA selama lima bulan sahaja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram