'Banyak lagi perlu dibuat', TMJ laung persiapan JDT belum cukup mantap


  • Podium
  • Sabtu, 23 Mac 2024

TMJ pasti meletakkan sasaran besar buat skuad Harimau Selatan musim depan, lebih-lebih lagi dalam saingan di pentas Asia.

KEHILANGAN tonggak pasukan yang melaporkan diri di kem kebangsaan tidak menghalang Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan sesi pramusim mereka.

Setakat ini, dua kelab Thailand sudah dipilih untuk menjadi lawan dalam aksi pramusim bagi memastikan tahap kecergasan pemain berada di tahap terbaik.

Pasukan pertama menguji kebolehan skuad Harimau Selatan ialah Police Tero yang dikendalikan Tan Cheng Hoe dengan dua aksi dijadualkan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Selepas itu, JDT memilih untuk berdepan Chonburi FC di venue sama dengan pasukan itu kini berada di tangga ke-11 Liga Thailand dengan sembilan perlawanan berbaki.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas bintang JDT buat kerja sampingan jual hartanah trending di China

434196610_902290415240811_3962308043248943738_n

Chonburi menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka ketika berdepan JDT. Facebook/Chonburi FC

Kesemua aksi tersebut boleh dikatakan membuahkan hasil kerana pemain, termasuk rekrut baharu serta 'ubi muda' berpeluang kembali berada di atas padang.

Malah, bagi pemilik JDT, Tunku Ismail yang lebih sinonim dengan panggilan TMJ boleh dikatakan berpuas hati dengan keputusan direkodkan skuad Harimau Selatan.

"Kami masih belum 100 peratus, masih terdapat banyak lagi perkara perlu dilakukan," katanya menerusi satu hantaran di Instastory peribadinya.

Perkongsian itu dibuat berserta dua keputusan memberangsangkan JDT ketika berdepan dua kelab Thailand itu yang membuktikan persediaan dilakukan sudah hampir membuahkan hasil.

BACA LAGI: Zainal Abidin petik 2 pencabar JDT, enggan nilai kualiti import baharu Harimau Selatan terlalu awal

WhatsApp Image 2024-03-23 at 08.46.19

Hantaran TMJ yang seakan-akan berpuas hati dengan dua keputusan pramusim JDT.

Berdasarkan rekod, skuad Harimau Selatan berjaya menundukkan Police Tero 5-0 dalam perlawanan pertama, namun tewas 2-3 dalam aksi kedua setelah hampir kesemua pemainnya melaporkan diri ke kem kebangsaan.

Ketika berdepan Chonburi pula, pasukan kendalian Hector Bidoglio mengalami kekalahan 1-2 pada aksi permulaan sebelum menundukkan kelab itu 4-1 dalam perlawanan kedua.

Selepas ini, JDT bakal meneruskan sesi pramusim di Sepanyol dan Portugal dengan beberapa lagi aksi persahabatan berdepan pasukan di dua negara itu sudah dijadualkan.

JDT pasti bercita-cita besar musim depan setelah membawa masuk nama-nama besar, seperti Jalil Elias dan Francisco 'Chico' Geraldes yang diharap mampu membawa mereka ke tahap lebih tinggi dalam pentas Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram