[VIDEO] Bekas bintang JDT buat kerja sampingan jual hartanah trending di China


  • Podium
  • Jumaat, 22 Mac 2024

Hariss meninggalkan JDT pada 2021 selepas hampir tujuh tahun beraksi bersama kelab itu.

SINGAPURA berhasil meraih satu mata berharga selepas mengikat China dengan keputusan seri 2-2 pada bagi aksi kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026/Kelayakan Piala Asia 2027 pada Khamis di Stadium Nasional, Singapura.

Pasukan negara Tembok Besar berkenaan mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Wu Lei pada minit ke 10 dan 45 namun Singapura bangkit menyamakan kedudukan menerusi Faris Ramli dan Jacob Mahler.

Keputusan seri ke atas China itu sememangnya satu permulaan baik bagi jurulatih baharu pasukan tuan rumah, Tsutomu Ogura dan ia merupakan mata pertama skuad The Lions dalam Kumpulan C.

Selepas perlawanan berkenaan, kapten skuad kebangsaan China, Zhang Linpeng memutuskan untuk bersara di pentas antarabangsa dan berita berkenaan kemudiannya mencetuskan perbincangan di Weibo dengan lebih 10,000 tanda suka.

Selain berita persaraan tersebut, nama bekas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Harris Harrun juga menjadi buah mulut penyokong China apabila dia dikenal pasti bekerja sebagai ejen hartanah.

BACA LAGI: Pemain akademi Jerman dipanggil Juan Torres tapi fans idam permata Perak dapat peluang ke skuad B-23

WhatsApp Image 2024-03-22 at 19.16.54 (1)

Tangkap layar wajah Harris bekerja sebagai ejen hartanah.

BACA LAGI: ‘Kami dari masa depan’, belum turun padang tapi ramai ramal import Kedah tunggu masa ke JDT

Perkara berkenaan menjadi topik hangat penyokong China susulan mereka beranggapan keputusan seri dengan pemain yang hanya menjadikan bola sepak sebagai kerjaya sampingan itu adalah memalukan.

Harris yang sebelum ini merupakan ketua pasukan Harimau Selatan difahamkan mempunyai kerjaya lain selain bola sepak iaitu bekerja sebagai ejen hartanah di negara kelahiran di Singapura.

Pada tahun lepas, tonggak berusia 33 tahun berkenaan memutuskan untuk menceburi bidang hartanah sebagai sebahagian persiapan kerjaya di luar padang dengan dia juga kini berada pada usia emas dalam kerjaya seorang pemain bola sepak.

Untuk rekod, Hariss meninggalkan JDT pada 2021 selepas hampir tujuh tahun beraksi bersama kelab itu.

Sepanjang bersama JDT, Hariss melakukan 197 penampilan, bermain 15,367 minit, menjaringkan 12 gol, melakukan lima bantuan jaringan dan sering kali menjadi tonggak utama benteng pertahanan Harimau Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram