SELEPAS tidak berdepan masalah di peringkat domestik musim lalu, JDT melakukan persiapan lebih baik kali ini apabila membawa masuk bintang-bintang besar terutamanya dalam kalangan import.
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu mengumumkan Francisco Geraldes dan Murilo Henrique antara bintang import yang dibawa masuk bagi menghadapi saingan musim 2024/25.
Pastinya, kehadiran bintang-bintang ke kelab Harimau Selatan itu dijangka berpotensi untuk memantapkan benteng pertahanan dan serangan skuad kendalian Hector Bidoglio.
Kemasukan pemain-pemain berkenaan pastinya mahu mengekalkan gelaran juara Liga Super yang sudah dimenangi 10 tahun berturut-turut.
Perkara berkenaan turut diakui oleh pemerhati sukan, Zainal Abidin Rawop yang mengatakan bahawa kelab Harimau Selatan itu berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan musim 2024.
"Dari segi persiapan JDT yang agak senyap tahun ini, sebenarnya itu merupakan salah satu strategi memandangkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim sendiri dah sebut persiapan kali ini low profile.
"Tetapi, tak dinafikan walaupun ada yang ramai keluar daripada team namun begitu barisan pemain yang sedia ada sudah cukup bagus untuk JDT mempertahankan kejuaraan," katanya kepada Majoriti.
BACA LAGI: Diam-diam buat kerja, pengganti Rizal Ghazali sudah tiba di Sabah?
Beberapa perkara menarik dikongsikan pakar sukan, Zainal Abidin. — Twitter/Astro Arena
Di samping itu, mengulas mengenai pencabar terdekat skuad Harimau Selatan ketika ini, pakar sukan berkenaan berpendapat terdapat dua pasukan memiliki kelebihan untuk bersaing dengan JDT.
Meskipun begitu, Zainal Abidin juga mendedahkan bahawa kedua-dua pasukan berkenaan perlu lebih bersedia dari aspek mental dan fizikal.
"Nak jadi pencabar terkuat JDT ni perlukan persiapan luar dan dalam padang, luar padang maksudnya dari segi latihan dan juga persiapan mental pemain, player tiada masalah gaji dan mereka gembira dalam team.
"Bukan itu sahaja, Player mempunyai bonding yang kuat, player hormat kepada jurulatih dan itu adalah sebahagian ciri-ciri menjadi pasukan yang terkuat.
"Malah, mestilah mempunyai barisan yang cukup bersedia maksudnya adalah bersedia untuk memberikan cabaran 100 peratus dan bukannya separuh hati ketika berdepan JDT, bila masuk saja padang mereka dah terasa mereka kerdil.
"Ikut kepada perancangan yang ada sekarang ini, Selangor sudah membuat persiapan yang rapi tapi kita tengok acuan daripada pengendali Gergasi Merah, Nidzam Jamil. Kalau Nidzam Jamil mampu dapatkan the best first eleven then should be ok.
"Terengganu juga saya nampak membuat persiapan yang rapi tapi sayangnya nanti bila lawan JDT, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid tak dapat beraksi berdepan pasukan lama, ia akan mengugat kestabilan dan kekuatan Terengganu.
JDT memasang cita-cita besar untuk menjadi pasukan digeruni di pentas Asia. — Facebook/JDT
BACA LAGI: [VIDEO] Tiba-tiba jadi striker bidan terjun, bekas kapten Kedah tak sangka jaringkan gol
Mengulas mengenai prestasi pemain baharu yang akan bersama-sama bersaing di peringkat Asia, pengulas sukan berkenaan turut memberikan pandangan peribadinya.
"JDT sudah mencuba banyak tahun untuk ke peringkat tertinggi dalam saingan Asia, tetapi ia memerlukan keseimbangan kekuatan daripada pemain tempatan dan import.
"Buat masa ini, itu sahaja saya nampak dalam tiga empat musim apabila JDT bermain di peringkat Asia, itu merupakan kelemahan utama mereka.
"Tapi tak pasti tahun ni macam mana cuma saya terus terang saya hanya nampak Jalil Elias sahaja yang boleh bermain di Piala Asia.
"Tetapi pemain import yang lain saya tak nampak lagi, harap-harap mereka tampil dengan persembahan yang mantap lebih-lebih lagi main di peringkat Asia," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram