Jesse Lingard dikritik pemalas, nama Arif Aiman 'overhype' ganti di K League


  • Podium
  • Rabu, 20 Mac 2024

Lingard tampil dalam tiga perlawanan bersama FC Seoul setakat ini. — Instagram/JesseLingard

BEKAS penyerang sayap Manchester United, Jesse Lingard tidak memenuhi jangkaan barisan kejurulatihan FC Seoul selepas dia masih belum memberi sebarang impak positif buat pasukan yang bersaing di saingan divisyen pertama Korean League (K League) itu.

Bukan hanya tidak membantu bahagian serangan FC Seoul, malah pemain antarabangsa England itu juga dilabel sebagai seorang yang pemalas oleh pengendali kelab, Kim Gi-dong baru-baru ini.

Isi hati pengendali itu akhirnya dikongsi selepas Lingard tidak menunjukkan kesungguhannya ketika diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Jeju United pada Sabtu lepas.

"Walaupun dia masuk sebagai pemain gantian, dia tidak bekerja keras dan selalu mengelak ketika ada pertembungan. Namanya mungkin ada nilai namun ia tidak bermakna apa-apa di atas padang. Saya akan beritahu perkara ini kepada dia,” katanya memetik laporan Daily Mail.

BACA LAGI: Diam-diam buat kerja, pengganti Rizal Ghazali sudah tiba di Sabah?

WhatsApp Image 2024-03-20 at 16.56.21

Arif Aiman sering dikaitkan dengan perpindahan ke K League. — Instagram/ArifAiman

BACA LAGI: Bukan import, tapi jeneral lokal JDT pernah dapat pujian melambung lepas hatrik di pentas Asia

Dalam perlawanan di laman sendiri itu menyaksikan FC Seoul mencatatkan kemenangan 2-0 dengan sumbangan gol dari sepakan penalti, Stanislav Iljutcenko dan Ki Sung-yueng pada minit ke-24 perlawanan.

Pemain berusia 31 tahun berkenaan dibawa masuk pada minit ke-58 bagi menggantikan Ryu Jae-moon namun kehadirannya kurang dirasai kerana penglibatannya yang seakan-tidak membantu pasukan.

Penyokong yang muak dengan sikap Lingard itu membuatkan mereka ingin mencari penggantinya sehingga nama penyerang sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi dicadang sebagai calon sesuai ke K League.

"Bagus beli Arif Aiman, pemain yang berbaloi dari Malaysia," cadang penyokong Harimau Malaya, Bro Robin Hood.

"Ini yang sememangnya layak untuk berpindah ke K-League, lebih daripada Lingard yang overhyped," kata peminat luar negara, Hannti Tan yang bersetuju dengan cadangan penyokong domestik berkenaan.

Saranan untuk menyaksikan Arif Aiman berhijrah ke Liga Korea Selatan sering diungkap penyokong domestik dan beberapa kelab dari negara republik berkenaan juga pernah menunjukkan minat untuk membawa masuk pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan.

Persembahan Arif Aiman pada musim lepas pernah menarik minat kelab divisyen satu Liga Jepun, Kashiwa Reysol dan juga beberapa buah kelab Korea Selatan yang lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram