[VIDEO] Tiba-tiba jadi striker bidan terjun, bekas kapten Kedah tak sangka jaringkan gol


  • Podium
  • Khamis, 21 Mac 2024

Sebahagian momen ketika pasukan Kedah FA meraikan kemenangan atasi ATM aksi suku akhir Piala FA 2010. — Agensi

KEBERGANTUNGAN sesebuah pasukan terhadap prestasi pemain tidak boleh dipandang remeh kerana sumbangan mereka di atas padang menentukan sama ada kemenangan atau kekalahan berpihak kepada pasukan.

Sekiranya dilihat di atas kertas, harapan tinggi diletakkan di bahu penyerang dalam usaha pasukan memburu jaringan.

Baru-baru ini, pemain sayap Manchester United, Antony diarahkan oleh pengendali kelab tersebut, Erik Ten Hag untuk beraksi di bahagian bek kiri ketika skuad The Red Devils meraih kemenangan 4-3 berdepan Liverpool aksi suku akhir Piala FA di Old Trafford.

Meskipun tidak berpuas hati beraksi di posisi berkenaan, namun Antony berjaya menggalas tugas tersebut dengan baik.

BACA LAGI: Diam-diam buat kerja, pengganti Rizal Ghazali sudah tiba di Sabah?

BACA LAGI: Isu gaji sentiasa berlaku, pemain perlu ada kesedaran kontrak — PFAM

Dalam pada itu, pertukaran mengejut posisi bukan sahaja berlaku di luar negara malah pernah terjadi dalam saingan liga domestik iaitu pada ketika Kedah FA berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hampir 14 tahun lepas.

Ini pernah dilakukan oleh bekas pengendali Kedah FA, Ahmad Yusof yang mengambil keputusan untuk menukar posisi Baddrol Bakhtiar daripada pemain sayap kepada penyerang.

Meskipun dianggap sebagai bidan terjun ketika itu, namun bekas kapten Kedah itu berjaya mencetak dua gol untuk membantu Sang Kenari membelasah ATM dengan keputusan 5-0 aksi suku akhir kedua Piala FA 2010 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Jaringan Badrol Bakhtiar itu menjadi penyuntik semangat kepada skuad Hijau Kuning untuk melakar kejayaan sekali gus menang dengan agregat 6-1.

Selain Baddrol, Azmi Muslim, Shafiq Jamal dan Aminuddin Azmi antara watak penting yang masing-masing mencetak satu gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram