MANCHESTER United membuat kejutan apabila berjaya mengakhiri pemburuan Liverpool dalam empat kejuaraan musim ini selepas meraih kemenangan bergaya dengan keputusan 4-3 dalam suku akhir Piala FA di Old Trafford.
Kemenangan tersebut menyaksikan anak-anak buah Erik Ten Hag akhirnya berjaya menewaskan musuh tradisi dalam dunia bola sepak.
Scott McTominay, Marcus Rashford, Antony dan Amad Diallo antara watak penting yang menyumbangkan jaringan untuk skuad The Red Devils itu.
Menariknya mengenai perlawanan dramatik tersebut, pengendali Man United tidak teragak-agak mengambil keputusan untuk meletakkan pemain sayap kanan, Antony agar beraksi di bahagian bek kiri.
BACA LAGI: Bukan import, tapi jeneral lokal JDT pernah dapat pujian melambung lepas hatrik di pentas Asia
BACA LAGI: 'On track' jadi raja futsal lepas tawan skuad kebangsaan, JDT kena label pasukan mi segera
Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan oleh penyokong di laman X, Antony memaparkan riak wajah tidak bersetuju dengan keputusan pengurusnya itu.
Dalam video tersebut, sebelum mendekati pemain sayap kiri Man United, Rashford, Anthony dilihat sempat melakukan aksi 'mind blowing'.
Ramai penyokong Man United beranggapan Antony mengadu mengenai pertukaran posisi tersebut.
Dalam pada itu, ramai penyokong Man United tidak berpuas hati dengan tindakan pemain sayap kelahiran Brazil itu yang seolah-olah menganggap dirinya bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
"Baru cetak satu gol, dah anggap diri macam Ronaldo dan Messi," kata @UTD.MNM.
"Berlagak pula dia lawan Liverpool, ikut saja arahan coach untuk pasukan," kata @Renato.
"Tak profesional dia ni, macam bintang dunia pula," kata @AKIN. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram