[VIDEO] 'Siap ada keris ya', klu jersi baharu Selangor buat fans Merah Kuning tak senang duduk


  • Podium
  • Khamis, 21 Mac 2024

Skuad Gergasi Merah pasti akan tampil dengan jersi lebih menarik apabila bakal berentap di pentas Asia musim depan. — Facebook/Selangor FC

HARAPAN menggunung diidamkan penyokong terhadap Selangor FC musim depan selepas mencatatkan satu musim cemerlang sebelum ini apabila melayakkan diri ke pentas Asia.

Meskipun kehilangan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, kelab Lembah Klang itu tidak menunggu lama untuk melantik Nidzam Jamil yang sudah bertahun-tahun menjadi pembantu pengendali di pasukan berkenaan.

Perubahan itu masih belum cukup untuk melunturkan kesetiaan peminat terhadap skuad Gergasi Merah apabila masing-masing terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Ia dibuktikan dengan penerimaan baik terhadap produk keluaran Selangor FC, termasuk team card dan barangan lain yang dijual di laman sesawang kelab.

BACA LAGI: Ayron dirisik kelab luar negara, media Columbia rungkai masa depan 2 import Selangor

432048661_919427706855625_683067582187230637_n

Pelbagai bayangan diberikan mengenai jersi baharu skuad Gergasi Merah. Facebook/Selangor FC

Tetapi, tumpuan orang ramai lebih diberikan kepada jersi baharu skuad Gergasi Merah yang hanya akan diumumkan pada Jumaat seperti mana diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Johan Kamal Hamidon.

Seperti tahun-tahun kebelakangan ini, pakaian rasmi pasukan tersebut jarang mengecewakan dengan ribuan helai dijual kerana kesemua penyokong mahu membuktikan perasaan cinta buat kelab.

Jadi, untuk membuatkan orang ramai lebih tertarik dengan jersi yang akan diumumkan tidak lama lagi, Selangor FC memberikan gambaran mengenainya dalam satu video ringkas di laman media sosial.

Klip pendek yang memaparkan beberapa pemain, seperti Fazly Mazlan dan Ahmad Khuzaimi Piee itu menunjukkan keterujaan masing-masing apabila melihat baju baharu berkenaan.

"Wah, terbaiklah. Siap ada keris ya? Warna dia memang cantik dengan saya kerana kulit saya sedikit gelap, kan? Memang sesuai dengan saya," kata Fazly.

BACA LAGI: Menjelang aksi suku akhir Piala FA, Selangor digesa rombak set pemain di barisan pertahanan

"Ni jersi baharu? Cantik, macam mana boleh terfikir nak buat macam ni ya?" kata Khuzaimi.

"Wah, ia mengingatkan saya dengan jersi rasmi skuad antarabangsa Belanda pada tahun 1988, tetapi warna beza. Dan awak juga boleh nampak keris. Saya rasa pemain akan suka dengan kualiti kain," kata ketua jurulatih, Nidzam Jamil.

Melihat kepada identiti Selangor FC, warna utama yang akan digunakan pasti merah dan kuning dengan rekaan berbeza buat jersi Home.

Bagi jersi Away pula, naib juara Liga Super 2023 itu dijangka akan menggunakan warna biru gelap seperti mana pernah dikongsikan sebelum ini.

Setakat ini, hanya Perak FC yang sudah mengumumkan pakaian rasmi baharu mereka sementara kelab-kelab lain masih mencari rekaan terbaik untuk menambat hati penyokong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram