Menjelang aksi suku akhir Piala FA, Selangor digesa rombak set pemain di barisan pertahanan


  • Podium
  • Sabtu, 27 Mei 2023

Barisan pemain Selangor FC ketika aksi menentang KDA FC di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor pada Rabu. — Facebook/SelangorFC

KEMENANGAN 3-2 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Rabu lalu mengukuhkan lagi kedudukan Selangor FC yang kini menghuni tangga kedua carta Liga Super 2023.

Dengan keputusan tersebut, Gergasi Merah yang kini mengumpul 28 mata berjaya menjarakkan diri sebanyak tiga mata daripada Sri Pahang FC, iaitu pasukan di tangga yang kini memperolehi 25 mata selepas mengharungi 12 perlawanan.

Namun begitu, kegagalan Selangor FC untuk meraih kemenangan lebih selesa ketika menentang skuad Sang Kenari itu sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dalam kalangan penyokong kesayangan mereka.

349144836_766792948320360_9183696394498274606_n

Sharul (kanan) mengawal pergerakan pemain penyerang KDA FC ketika beraksi di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor pada Rabu. — Facebook/SelangorFC

Ini kerana pada aksi tersebut, barisan pertahanan The Red Giants dilihat masih begitu mudah ditembusi oleh pasukan pihak lawan yang berjaya menyumbat dua gol.

Keadaan tersebut sekiranya tidak diperbaiki dilihat akan memberikan tekanan kepada pasukan untuk meneruskan rentak kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

Disebabkan itu, terdapat suara-suara dalam kalangan penyokong yang meminta supaya Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mempertimbangkan untuk melakukan sedikit rombakan di bahagian pertahanan bagi menghadapi aksi pusingan Suku Akhir Piala FA.

yazan

Yazan (kanan) ketika aksi menentang KDA FC di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor pada Rabu. — Facebook/SelangorFC

Pada Sabtu, Selangor FC akan bertandang ke gelanggang lawan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan bagi menentang Negeri Sembilan FC (NSFC).

Antara nama yang disebut-sebut untuk direhatkan dalam cadangan tersebut adalah dua gandingan tanker utama Selangor ketika ini iaitu Yazan Al-Arab dan Sharul Nazeem yang disifatkan sudah terlalu selesa beraksi di posisi tersebut sehingga menjejaskan prestasi masing-masing.

Pada masa sama, terdapat beberapa nama pemain pertahanan lain yang diseru untuk mula membuat penampilan

khuzaimie

Khuzaimi menjadi nama antara nama yang disebut-sebut bagi menggantikan Yazan bagi membarisi barisan pertahanan Selangor FC. — Facebook/SelangorFC

"Defenders kasi mantapkan lagi..menggelupur tak habis2 bila diasak..marking lemah..tak belajar dari kesilapan," tulis Eddie Lawson.

"Mungkin dia (Yazan) terlalu selesa.. harap Tan Cheng Hoe bagi peluang pada Khuzaimi Piee (pertahanan tengah)," tulis Mohd Rizwan.

"Rotate la pulak dengan Khuzaimi, Ruventhiran Vengadesan (bek kiri) dan Zikri Khalili (bek kanan)" ujar Syahrul Effendy Darimi.

Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Cheng Hoe menggunakan empat gandingan pemain utama di barisan pertahanan iaitu Fazly Mazlan di (bek kiri), Yazan dan Sharul (bek tengah) serta Quentin Cheng. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram