SELEPAS melayani kunjungan Police Tero dalam aksi persahabatan pramusim, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan sekali lagi berdepan kelab dari Thailand iaitu Chonburi FC.
Berdasarkan jadual, dua perlawanan bakal berlangsung iaitu pada 20 dan 22 Mac dengan kedua-duanya bakal dimainkan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Meskipun rata-rata tonggak skuad Harimau Selatan kini bersama Harimau Malaya, ia tidak menghalang juara Liga Super berkenaan untuk meneruskan persiapan pramusim mereka.
Selain dapat menurunkan import dan rekrut baharu, JDT juga dijangka akan memberi peluang buat 'ubi muda' untuk mengenal pasti kebolehan semasa masing-masing.
BACA LAGI: Bukan saja Willian Lira, Kedah FC sudah jumpa 'harta karun' CB berbaloi
Lira pernah beraksi bersama skuad Sang Kenari untuk separuh musim. — Facebook/KDA FC
Tumpuan juga pastinya diberikan Hector Bidoglio terhadap kualiti Chonburi FC yang kini berada di tangga ke-11 Liga Thailand dengan sembilan aksi berbaki.
Kedudukan semasa mereka di peringkat domestik pasti tidak akan memberi ancaman hebat terhadap JDT yang sudah jauh meninggalkan kelab-kelab sekitar Asia Tenggara.
Namun, melihat kepada barisan pemain Chonburi, terdapat beberapa dalam kalangan mereka yang perlu diawasi dalam aksi persahabatan itu.
Dua nama yang pasti mencuri tumpuan ialah bekas penyerang Selangor FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Caion dan Willian Lira kerana masing-masing mempunyai pengalaman berdepan JDT.
BACA LAGI: Terima kasih Willian Lira'
Caion muncul sebagai penjaring terbanyak skuad Gergasi Merah pada musim 2022. — Facebook/Selangor FC
Selepas kedua-dua mereka menamatkan episod dalam Liga Super, skuad Pero's Team menjadi destinasi untuk meneruskan karier memandangkan Liga Thailand dikenali dengan tahap kompetitifnya.
Pilihan itu boleh dikatakan sesuatu yang tepat dengan Lira kini mengungguli carta penjaring terbanyak dengan 13 gol direkodkannya setakat ini.
Bagi Caion pula, dia yang menyertai Chonburi pada Januari dari kelab Vietnam, Ha Noi FC mula menyesuaikan diri setelah diturunkan sebanyak tiga kali dalam liga dengan satu bantuan jaringan dihasilkannya.
Jadi, kedua-dua pemain itu pasti akan diberi perhatian oleh JDT untuk menguji kemampuan di samping mempersiapkan pasukan menjelang musim baharu.
Selepas berdepan kelab Thailand itu, skuad Harimau Selatan bakal berlepas ke Eropah untuk meneruskan sesi pramusim dengan Portugal dan Sepanyol merupakan destinasi pilihan kelab. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram