Forestieri ajak futsal JDT 'friendly', siap dah tubuhkan team sendiri


  • Podium
  • Khamis, 21 Mac 2024

Forestieri mengambil masa ketika sesi pramusim untuk merapakan hubungan dengan rakan sepasukannya. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

TEMPOH pramusim kali ini memberi rata-rata pemain masa untuk merapatkan hubungan dengan rakan sepasukan tanpa merasai bebanan di atas padang.

Antara yang mengambil peluang itu ialah juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) meskipun sesi latihan berpusat sudah diadakan sejak Februari lalu.

Namun, masing-masing kelihatan masih sempat meluangkan masa dengan pendekatan itu boleh dikatakan sebagai kunci utama di sebalik kejayaan mereka di atas padang.

Baru-baru ini, kelihatan beberapa tonggak skuad Harimau Selatan, termasuk pemain sayap Fernando Forestieri sedang berada di pusat peranginan tidak dikenali.

Perkara berkenaan dikongsikannya menerusi satu hantaran di InstaStory peribadinya berserta satu kapsyen yang mencuri perhatian penyokong.

BACA LAGI: Bergson-Forestieri-Arif Aiman ketuai 'top 3' trio paling gempak Liga Super 2024

WhatsApp Image 2024-03-21 at 2.18.22 PM

Forestieri sempat bergurau dengan pasukan futsal JDT dalam satu hantaran Instastory.

BACA LAGI: JDT buat U-turn, rekrut semula Forestieri dan pakej 3 import baharu

"Ini merupakan pasukan futsal saya, bila-bila sahaja anda semua bersedia," tulisnya dengan ajakan itu dibuat terhadap pasukan futsal JDT.

Berdasarkan kepingan foto berkenaan, pemain skuad Harimau Selatan di samping Forestieri ialah Bergson, Syahmi Safari, Feroz Baharudin, Syamer Kutty Abba dan Daniel Ammier.

Sebelum ini, bintang dari Argentina tersebut pernah disebut-sebut dalam arena futsal JDT apabila pemainnya, Iwan Bakri meniru gaya keraiannya selepas perlawanan.

Melihat kepada sentuhan dan gaya permainan Forestieri, dia boleh cuba menceburi sukan itu sekiranya diberikan peluang selepas kariernya di atas padang berakhir.

Skuad Harimau Selatan bakal meneruskan sesi pramusim mereka dengan sesi di Portugal dan Sepanyol bermula April, iaitu selepas pemain selesai dengan tugas bersama skuad kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram