[VIDEO] Jadi sandaran hatrik, rakan sepasukan bergurau mahu ibu bapa Yuito Suzuki terbang aksi seterusnya


  • Podium
  • Selasa, 19 Mac 2024

Tangkap layar memaparkan kedua-dua ibu bapa Suzuki ketika bertemu dengan rakan sepasukannya. — Agensi

PERLAWANAN antara Brondby IF dan Silkeborg sempat mencuri tumpuan penyokong Jepun khususnya apabila penyerang kelahiran negara Matahari Terbit itu meledak hatrik.

Penyerang muda Brondby IF, Yuito Suzuki tampil cemerlang dalam aksi tersebut apabila berjaya menghasilkan hatrik pada minit ke-33, 58 dan 71.

Menariknya mengenai aksi tersebut, kedua-dua ibu bapa penyerang berusia 22 tahun sanggup terbang dari Jepun ke Denmark semata-mata mahu menyaksikan perlawanan berkenaan.

BACA LAGI: Diam-diam buat kerja, pengganti Rizal Ghazali sudah tiba di Sabah?

BACA LAGI: 'On track' jadi raja futsal lepas tawan skuad kebangsaan, JDT kena label pasukan mi segera

Susulan kemenangan tersebut, rakan-rakan sepasukan Suzuki bergurau agar ibu bapa penyerang berketinggian 1.75 meter itu datang kembali untuk menyaksikan perlawanan seterusnya.

Ia berikutan apabila rakan sepasukan Suzuki beranggapan bahawa kehadiran ibu bapanya mampu memberi suntikan kepada dirinya.

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan pasukan Brondby menduduki tangga kedua dalam saingan Superliga dengan mengutip 47 mata selepas 22 perlawanan berlangsung.

Untuk rekod, Suzuki sudah mencetak lima gol dan dua hantaran bantuan selepas 16 perlawanan bersama Brondby. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram