Diam-diam buat kerja, pengganti Rizal Ghazali sudah tiba di Sabah?


  • Podium
  • Selasa, 19 Mac 2024

Sebahagian sesi latihan skuad kendalian Ong Kim Swee menjelang saingan Liga Malaysia Mei nanti. — Facebook/Sabahfc

KECOH dalam kalangan penyokong Sabah FC mengenai kemasukan seorang pemain import baharu, Haris Stampoulidis yang dikatakan akan memperkukuhkan bahagian pertahanan The Rhinos musim ini.

Meskipun belum ada sebarang pengumuman rasmi dari pihak pengurusan Sabah FC mengenai perpindahan import berkenaan namun kelibat pemain tersebut dalam sesi latihan skuad The Rhinos nampaknya menjawab persoalan penyokong.

Menerusi satu perkongsian daripada laman Facebook penyokong Sabah FC, Buletin Arena Sabah mendedahkan bahawa The Rhinos kini dijangka mempunyai seorang pemain import bagi menghadapi saingan musim 2024.

BACA LAGI: 'On track' jadi raja futsal lepas tawan skuad kebangsaan, JDT kena label pasukan mi segera

WhatsApp Image 2024-03-19 at 18.42.49 (1)

Import baharu Sabah FC, Stampoulidis (dua kiri) dijangka berpotensi membantu benteng pertahanan Sang Badak. — Facebook/Sabahfc

BACA LAGI: Bukan import, tapi jeneral lokal JDT pernah dapat pujian melambung lepas hatrik di pentas Asia

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong berasakan kehadiran import kelahiran Melbourne berkenaan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas bek kanan Sabah FC, Rizal Ghazali.

"Pengganti Rizal Ghazali sudah sampai di Sabah, terbaiklah, diam-diam buat kerja, tiba-tiba ada import baharu," kata Rahimnursyaiklah Marakani.

"Terbaik ada import baharu, boleh main posisi pertahanan nanti, muka ada iras Rizal Ghazali," kata Awang Masrih Ariffin.

"Ganti kekosongan yang si Jai tinggalkan, ngam juga dengan ketinggian dia ni," kata Mohd Faizal Kassim.

Sebelum ini, pemain sayap Sabah FC, Rizal Ghazali sah meninggalkan skuad Sang Badak selepas kontraknya tidak disambung.

Kini, Rizal sah kembali ke pangkuan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk memantapkan benteng pertahanan skuad kendalian Nafuzi Zain itu.

Pastinya Sabah mempunyai peluang untuk menyambar Stampoulidis berikutan hasil semakan Majoriti di transfermarkt.com mendapati pemain berketinggian 1.86 meter itu merupakan pemain bebas (without club) sejak 1 Julai 2023.

Stampoulidis, 27, dilihat akan memberi harapan kepada Sang Badak untuk terus beraksi cemerlang dalam Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram