'Nak kualiti, tapi dana dipotong?' Penang FC berjimat cermat atau alami isu kewangan?


  • Podium
  • Selasa, 19 Mac 2024

Sebahagian sesi pemilihan pemain untuk skuad Piala Belia. — Facebook/Penangfc

KANCAH bola sepak tanah air ketika ini dikejutkan dengan beberapa buah pasukan Liga Super mengalami masalah gaji.

Antara pasukan yang terpalit dengan isu tersebut termasuklah dua pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC yang seakan-akan tidak menemui titik penamat.

Dua pasukan Liga Super berkenaan difahamkan masih gagal untuk memenuhi syarat pembayaran hutang tertunggak yang sudah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Liga Super Malaysia (MFL).

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan bahawa jika permasalahan ini terus berlaku maka saingan Liga Super Malaysia bakal mendapat perhatian dan dikenakan denda oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pada masa akan datang.

Lebih parah lagi jika skuad Sang Kenari dan pasukan Lembah Klang berkenaan berpotensi hilang dari radar Liga Super sekiranya masih gagal menyelesaikan isu tersebut.

BACA LAGI: Diam-diam buat kerja, pengganti Rizal Ghazali sudah tiba di Sabah?

WhatsApp Image 2024-03-19 at 21.41.16

Sebahagian aksi yang ditampilkan oleh beberapa pemain yang mengikuti pemilihan skuad Piala Belia. — Facebook/Penangfc

BACA LAGI: Bukan import, tapi jeneral lokal JDT pernah dapat pujian melambung lepas hatrik di pentas Asia

Susulan itu, difahamkan salah sebuah pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air didakwa turut menerima nasib yang sama iaitu masalah kewangan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh penyokong Penang FC di laman Facebook, Penang Supporters yang mendakwa bahawa kelab belia pasukan berkenaan kini mengalami masalah kewangan.

Malah, dana yang diberikan untuk musim ini dipotong dan tidak kurang juga ada pemain muda yang turut menerima nasib yang sama.

"Retorik pemain berkualiti, nak bohong sapa? Dana musim ni dipotong separuh. Gaji pemain muda dipotong separuh.

"Import dipotong tinggai dua? Gaji bangla pun lagi besar dari pasukan gaji presiden belia.

"Pasukan yang ada hutang pun pandai cari sponser, cakap pandai kerja tak tahu," tulisnya di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram