‘Saya sentiasa di pejabat’, CEO NSFC jawab dakwaan lari, 'sidai' Zaquan Adha


  • Podium
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Faliq Firdaus mahu 'move on' daripada isu kontrak Zaquan Adha. — PFAM

PERTIKAIAN hangat berlaku di Negeri Sembilan FC apabila bekas ketua pasukan, Zaquan Adha Abd Razak mendedahkan bagaimana kontraknya tidak disambung oleh kelab tersebut.

Zaquan yang teramat kecewa dengan situasi tersebut mengatakan menjawab kenyataan oleh ketua pegawai eksekutif kelab, Faliq Firdaus dengan mengatakan individu tersebut "melarikan diri" daripadanya.

Bekas pemain Harimau Malaya itu mengatakan yang Faliq sentiasa mengelak daripada berjumpa dengannya sambil tidak peduli untuk membalas kiriman mesej menerusi WhatsApp serta menjawab panggilan telefon.

Kini, Faliq tampil mempertahan dirinya dengan mengatakan yang dia tidak pernah menjauhkan diri daripada isu yang berlaku di kelab tersebut terutamanya melibatkan Zaquan.

Menurut Faliq di laman X (Twitter), dia menegaskan yang dirinya sentiasa berada di pejabat untuk didekati oleh mana-mana pemain bagi membincangkan satu-satu hal.

"Saya sentiasa berada di pejabat, tiada panggilan daripada dia (Zaquan) pada dua bulan terakhir ini. Hanya dua kali saya tidak membalas kiriman mesejnya, iaitu pertama kerana ia pada tengah malam dan satu lagi kerana saya terlepas pandang.

"Selain daripada itu, dia hanya bertanyakan mengenai gaji. Saya ingin move on daripada perkara ini," kata Faliq.

BACA LAGI: 'Kelab terbuka beri peranan coaching staff tapi...', CEO NSFC jawab isu penamatan kontrak Zaquan Adha

432574246_845293914277993_5928778106330052260_n

Zaquan Adha mahu bersara selepas kontraknya tak disambung Negeri Sembilan. — NSFC

BACA LAGI: 'Ikut pelan nak sertai barisan jurulatih', Zaquan Adha reda kontrak tak disambung di NSFC

Dalam masa yang sama, Faliq turut menegaskan yang dia sudah bertemu dengan para pemain selepas dua hari dia dilantik menjadi CEO kelab yang baharu.

Dia memberitahu pemain untuk selamatkan periuk nasi mereka terlebih dahulu, dan jika mahu kekal bersama Negeri Sembilan maka perlulah menerima pemotongan gaji.

"Saya telah lakukan taklimat dengan para pemain tempatan secara maya dua hari selepas pelantikan saya sebagai CEO iaitu pada 12 Januari.

"Dalam pertemuan tersebut ia melibatkan perbincangan mengenai gaji yang tertunggak, dan saya beritahu kepada semua supaya jangan tunggu kelab. Jika ada dapat tawaran (dari kelab lain), sila ambil dan selamatkan periuk nasi masing-masing dulu.

"Jika ada pemain yang benar-benari ingin kekal di kelab, mereka perlu menerima potongan gaji dan perlu berikan nama kepada ketua pegawai operasi kelab," jelas Faliq.

Menurut Zaquan, pertikaian mengenai kontraknya tidak disambung telah membuatkan dirinya mempunyai masa yang singkat bagi mendapatkan kelab baharu menjelang sepak mula Liga Super pada Mei.

Disebabkan itu, dia mempertimbang untuk bersara sebagai pemain dan menceburi bidang kejurulatihan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram