The Butcher 'ancam' kedudukan bek lokal Sri Pahang, bikin Fandi Ahmad tersepit


  • Podium
  • Sabtu, 16 Mac 2024

Aleksandar Cvetkovic bakal menimbulkan perebutan slot pertahanan dalam kalangan pemain tempatan. — Sri Pahang FC

KELAB Liga Super, Sri Pahang FC telah membuat perpindahan bagi pemain pertahanan tengah dari Serbia iaitu Aleksandar Cvetkovic untuk menguatkan posisi tersebut.

Kehadirannya dilihat sebagai salah satu usaha Sri Pahang bagi memastikan pertahanan mereka terus kental berdepan cabaran hebat kelab-kelab lain selain daripada menghadapai musim panjang.

Namun begitu, kehadiran Cvetkovic sebenarnya telah menyebabkan nasib pemain pertahanan tempatan akan mengalami perubahan terutamanya dalam merebut tempat di kesebelasan utama.

Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan merungkai tiga impak yang boleh terjadi hasil kehadiran Cvetkovic terhadap pertahanan tempatan di Sri Pahang:

Pertarungan merebut minit

Satu perkara yang pasti akan berlaku adalah di mana perebutan minit permainan dalam kalangan pertahanan tempatan akan berlaku.

Dengan kecenderungan jurulatih di Liga Super mengutamakan pemain import, boleh dikatakan posisi Cvetkovic di barisan pertahanan adalah pasti.

Jika menggunakan dua pertahanan tengah, satu lagi tempat pastinya akan menjadi rebutan pertahanan tempatan. Nama-nama seperti Adam Nor Azlin, Fadhli Shas dan Hasnul Zaim.

Semestinya ia akan menjadi pertarungan sengit kerana pemain seperti Adam perlukan minit untuk kembalikan prestasinya. Sementara Hasnul yang masih muda perlukan minit untuk tingkatkan kualiti permainan.

Bagi Fadhli, pengalaman yang ada padanya semestinya diperlukan untuk menguatkan bahagian pertahanan bersama-sama Cvetkovic.

BACA LAGI: Hanya 2 kad merah sepanjang karier, 'The Butcher' Sri Pahang miliki corak permainan bersih

431342067_18422816809031124_6915537767228525703_n

Adam Nor Azlin merupakan bintang pertahanan Sri Pahang. — Sri Pahang FC

Mana satu Fandi dulukan?

Dilema bukan saja tertakluk kepada pemain pertahanan yang beraksi, malah buat jurulatih yang berada di tepi.

Hal ini kerana, Fandi akan tersepit dalam usaha untuk mengutamakan bakat yang memang dimiliki oleh mereka atau membangunkan prestasi bintang pinjaman.

Dalam situasi ini, Fandi akan mengalami sakit kepala untuk mengutamakan Hasnul yang direkrut selama dua musim atau Adam yang dipinjam dari Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pembangunan bakat pemain adalah penting tetapi bola sepak adalah sukan berasaskan keputusan. Jadi Fandi, apa pilihan anda?

BACA LAGI: Sudah belanja sakan, masih ada ruang trio dari JDT, TFC dan Selangor tukar angin ke Borneo

429531610_18417132112031124_2670954999497061755_n

Hasnul Zaim kembali ke Sri Pahang selepas semusim di Perak. — Sri Pahang FC

Penggiliran skuad perlu ada

Memandangkan Liga Super sudah memasuki era baharu apabila saingan dilakukan secara rentas tahun (cross-year), ia akan menyebabkan musim menjadi lebih panjang.

Oleh itu, penggiliran pemain seharusnya dilakukan dengan Fandi juga tidak boleh menggunakan kudrat Cvetkovic secara menyeluruh sepanjang musim.

430929297_18419978959031124_4587127652472846572_n

Fandi perlu bijak menguruskan minit para pertahanannya. — Sri Pahang FC

Situasi tersebut akan memaksa Fandi untuk menggunakan tenaga tempatannya bagi mengemudi pertahanan Sri Pahang. Mungkin ketika itu kita akan saksikan gandingan Fadhli-Adam serta Hasnul turut mendapat peluang beraksi.

Sri Pahang dalam komposisi baik apabila mempunyai dua set pertahanan tengah. Tetapi bagaimana hendak dapatkan adunan terbaik dalam kalangan empat pemain itu? Hanya Fandi saja yang tahu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram