Pecahkan dominasi JDT antara 3 contoh cabaran 'save' Liga Malaysia di Football Manager


  • eSports
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Dominasi JDT dalam Liga Super boleh dipecahkan dalam Football Manager. — JOHOR Southern Tigers

PERMAINAN pengurusan bola sepak terulung, Football Manager (FM) mempunyai pangkalan data yang cukup besar dan luas.

Ia bukan saja merangkumi data-data pemain dari liga utama dunia, malah ia turut mempunyai perkara serupa untuk bola sepak Asia dan juga Malaysia.

Untuk rekod, sudah lama Liga Malaysia sudah berada dalam permainan FM walaupun ia tidaklah dilesenkan secara rasmi seperti saingan Bundesliga dan kejohanan anjuran UEFA.

Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan senaraikan tiga save FM yang boleh anda cuba jika hendak bermain di Liga Malaysia.

1. Pecahkan dominasi JDT

Umum mengetahui bola sepak Malaysia kini dikuasai oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan mencatatkan rekod kejuaraan liga 10 kali berturut-turut.

Oleh itu, cabaran boleh diambil oleh pemain FM untuk menamatkan dominasi tersebut. Dengan berdepan cabaran dari kelab yang serba-serbi lengkap, pastinya ia menghadirkan kesukaran seperti hendak memecahkan dominasi pasukan seperti Manchester City dan Paris Saint-German.

Sudah pasti ia sukar untuk dilakukan. Untuk menambahkan rencah pada cabaran ini, pemain haruslah menguruskan kelab yang paling 'alah' dengan JDT iaitu Selangor FC.

Jika dominasi mereka dipecahkan oleh Gergasi Merah, pasti ia akan menimbulkan suasana kecoh dalam bola sepak negara.

BACA LAGI: 'Terima kasih doakan saya', TCH tinggalkan pesanan ringkas buat fans Selangor

selangor-jdt

Selangor boleh jadi pencabar terhebat JDT. — Agensi

2. Besarkan kelab anda

Tidak dinafikan, dalam bola sepak kita ada kelab yang bersaiz kecil terutamanya dari segi jumlah penyokong atau fanbase mereka.

Oleh itu, cabaran ini akan menumpukan seseorang pengurus itu untuk menguruskan kelab yang mempunyai fanbase kecil dan besarkan ia sehingga menjadi kelab pujaan semua.

Bermula kecil-kecilan, kemudian bina empayar bersama kelab tersebut hinggakan stadium sedia ada terpaksa dibesarkan atau berpindah ke tempat baharu kerana permintaan penyokong untuk menyaksikan pemain kesayangan mereka beraksi terlalu banyak.

Dalam cabaran ini, pengurus boleh mengendalikan kelab-kelab seperti Kuala Lumpur City FC, Kelantan United FC atau PDRM FC.

BACA LAGI: Cheng Hoe lepaskan jawatan, kenapa mahu salahkan JDT?

AFC Cup 2022

Cabaran membesarkan 'fanbase' KL City pastinya menarik perhatian pemain FM. — AFC

3. Menang liga guna anak jati

Dalam bola sepak Malaysia, sentimen anak jati itu amatlah kuat. Terdapat sesetengah penyokong yang berasakan anak jati perlu diutamakan. Dalam masa yang sama, ada yang berasakan bakat perlu diutamakan tak kira anak jati atau tidak.

Oleh itu, cabaran ini khas untuk mereka yang pro-anak jati. Ambil cabaran untuk memenangi Liga Super dan sekali gus menguasai bola sepak Malaysia dengan menggunakan anak jati sahaja dalam skuad.

Tanpa pemain import, pemain naturalisasi atau pemain warisan, kesemuanya mestilah menggunakan anak jati dan bimbing mereka menjadi kelab terhandal di Malaysia.

Untuk save ini, pengurus boleh gunakan kelab seperti Kedah Darul Aman FC, Terengganu FC atau Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram