KEDAH Darul Aman (KDA) FC berjaya mendapatkan khidmat pemain dari pasukan Terengganu FC (TFC), Faiz Nasir yang sebelum ini pernah dirisik barisan kejurulatihan Sang Kenari.
Meskipun memiliki sosok tubuh yang kecil namun pemain sayap berketinggian 1.54 meter itu mempunyai kelebihan tersendiri di atas padang.
Pemain sayap berusia 31 tahun itu merupakan seorang yang lincah mengatur gerakan dan pernah menjaringkan gol penting berkelas dunia ketika final Piala Malaysia 2018 menentang Perak.
Pastinya kehadiran Faiz ke skuad Sang Kenari membantunya meraih minit permainan bagi mengembalikan keyakinan untuk beraksi cemerlang di atas padang.
Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga kelebihan yang akan ditaburkan Faiz di bumi Kedah.
BACA LAGI: Daniel Ting rasai kehilangan duo JDT namun enggan lepaskan peluang
Faiz Nasir sah sarung jersi Hijau Kuning bagi musim 2024. — Facebook/KDAFC
BACA LAGI: [VIDEO] Bekas winger Penang FC mahu repeat sarung jersi Harimau Malaya
1. Ganti posisi Fayadh Zulkili
Bermain bersama Sang Penyu, Faiz mengalami kesukaran untuk merebut tempat dengan lambakan pilihan di tangan Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner yang terus menyekat peluangnya.
Dalam pada itu, pastinya khidmat Faiz akan digunakan sebaiknya oleh pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain bagi membantu jentera serangan KDA FC musim depan.
Beraksi sebagai posisi pemain sayap, pastinya kedudukan Fayadh Zulkifli dijangka tergugat kerana kehadiran pemain kelahiran Kelantan itu.
Faiz dilihat sesuai untuk menggantikan posisi Fayadh yang kian malap apabila tidak mampu membantu dalam memberikan hasil akhir kepada pasukan KDA FC untuk mendapatkan gol.
2. Sesuai taktikal Nafuzi Zain
Meskipun berhijrah ke bumi Kedah, namun Faiz pastinya tidak kekok dengan persekitaran baharu kerana pemain berusia 31 tahun itu pernah menabur bakti bersama Kelantan Darul Naim FC pada jendela perpindahan kedua musim 2023.
Perpindahannya ke bumi Kedah itu dilihat akan bertemu kembali dengan bekas Ketua Jurulatih Sang Penyu, Nafuzi Zain.
Sebelum ini, Nafuzi pernah membimbing Sang Penyu selama tiga musim sekali gus membantu skuad tersebut layak ke final Piala FA 2022.
Pastinya jodoh yang terjalin dengan Nafuzi dan pengalaman sepanjang berada di bumi Terengganu akan memberikan hasil kepada prestasi Faiz bersama Sang Kenari.
3. Bantu jentera serangan
Bermain di posisi penyerang, pastinya Faiz masih mempunyai keupayaan menyambar peluang di depan gawang lawan untuk menjadi mesin pencetak gol skuad Hijau Kuning.
Pastinya khidmat pemain sayap yang diberi jolokan Messi Malaysia itu lebih diperlukan kerana Sang Kenari memerlukan seorang pemain sayap berpengalaman.
Meskipun hanya menjaringkan satu gol sepanjang 10 penampilan dalam kesemua kejohanan, pengalamannya terus didambakan buat pasukan bergelut berkenaan dalam saingan akan datang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram