Ramai masih ingat, bintang Korea Selatan muncul hero Sang Seladang benam kelab Pantai Timur


  • Podium
  • Sabtu, 16 Mac 2024

Skuad TBG sering memberikan kepercayaan terhadap import Korea Selatan dalam sejarah Liga Super mereka. — Facebook/Perak FC

KEBERGANTUNGAN Perak FC terhadap import Korea Selatan semakin dapat disaksikan ketika ini dengan beberapa pemain dari negara itu disambar mereka kebelakangan ini.

Seo Seon-ung yang beraksi buat skuad The Bos Gaurus (TBG) musim lalu memainkan peranan penting apabila muncul penjaring terbanyak kelab dengan lapan gol.

Bagaimanapun, prestasi tidak menentu pada penghujung saingan menyaksikan kontraknya tidak disambung dengan sebahagian besar penyokong mempersoalkan keputusan itu.

Jadi, dalam mengisi kekosongan ditinggalkan, Perak FC memilih untuk menyambar rakan senegaranya, Lee Tae-min yang sudah menyertai sesi latihan.

Ini sekali gus membuktikan bahawa kelab Utara tanah air itu cukup berminat dengan import Korea Selatan, lebih-lebih lagi dalam posisi serangan.

BACA LAGI: Dilabel 'low class', Bobie perjelas jersi baharu Perak dibuat hasil pandangan fans TBG

432373095_420291267217921_6802014448302777254_n

Tae-min akan diberikan harapan menggunung bersama skuad TBG musim depan. Facebook/Perak FC

Namun, ia bukanlah sesuatu yang baharu apabila pada 2015, skuad TBG meletakkan sandaran besar terhadap pemain dari negara berkenaan, iaitu Woong Namkung.

Dia yang tiba dari Kedah FA cukup dikenali penyokong kerana kelincahan dan derianya di hadapan pintu gol merupakan aset utamanya setiap kali beraksi.

Kebolehan itu dibuktikan dalam peringkat awal Piala FA apabila pemain berkenaan memainkan peranan penting dalam aksi timbal balik berdepan T-Team.

Setelah melakar dua gol dalam perlawanan di tempat lawan, Namkung mengulangi persembahan yang sama di Stadium Perak, Ipoh sambil disaksikan ribuan penyokong sendiri.

BACA LAGI: Jurulatih import tepati harapan fans TBG lepas tiba dengan reputasi besar musim 2017

11044505_337731046426236_8619878724479857712_o

Namkung (depan) mencipta nama dengan sumbangan penting di hadapan pintu gol. Facebook/Perak FC

Dua gol daripadanya itu menyaksikan Perak yang dikendalikan Datuk M Karathu mara dengan agregat 5-2 di peringkat suku akhir yang pastinya cukup mendebarkan buat kesemua pemain.

Tetapi, harapan mereka untuk meneruskan kemaraan dalam pertandingan tersebut tidak tercapai apabila disingkirkan sebuah lagi kelab Pantai Timur, Terengganu FA.

Bagaimanapun, sumbangan Namkung sepanjang musim, terutamanya dalam dua perlawanan tersebut menjadikannya antara import terbaik pernah dimiliki.

Pemain terbabit kini tidak lagi beraksi secara profesional setelah dilepaskan Perak pada penghujung musim 2015 dengan usianya sudah mencecah 40 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram