SELEPAS sudah mengumumkan ketibaan dua pemain import iaitu Lee Tae-min dan Luiz Henrique Mott, Perak FC semakin garang dengan apabila membawa masuk seorang lagi pemain tempatan kelahiran Selangor.
Pemain berkenaan ialah penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli yang sebelum ini pernah dikaitkan bakal berhijrah pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu.
Khabar angin tersebut ternyata benar selepas Perak FC mengumumkan ketibaan bek tengah tersebut di laman rasmi Facebook.
"Haziq Nadzli is a Yob!.Haziq Nadzli menamatkan teka-teki sebelum ini apabila sah menjadi penjaga gol buat Perak FC bagi musim 2024/25.
Selamat datang ke Keluarga Perak FC Yob Haziq!," tulisnya di Facebook pada Ahad.
BACA LAGI: 'Ifedayo is back', striker semusim Kedah pilih seteru Selangor jadi destinasi musim depan
Kehadiran Haziq ke skuad TBG dilihat akan membantu memastikan pintu gawang tidak mudah dibolosi musim depan. — Agensi
BACA LAGI: [VIDEO] 'Dah lama sampai, kita je lalai', video lama TCH di SSI jadi petunjuk JDT bakal dapat PT baharu?
Kehadiran penjaga gol berketinggian 1.76 meter itu dijangka memastikan pintu gawang The Bos Gaurus (TBG) tidak mudah dibolosi musim depan.
Meskipun menerima baik kehadiran bekas penjaga gol Harimau Selatan itu, namun penyokong setia skuad Seladang seakan-akan tidak sabar menanti kemunculan seorang lagi import baharu pasukan berkenaan.
Sebelum ini, kem skuad Seladang dikhabarkan bakal membawa masuk penyerang Colombia, Wilmar Jordan untuk menjadi teraju utama serangan TBG musim depan.
Penyerang yang beraksi untuk Punjab FC di India itu telah menghasilkan tiga gol dalam lapan perlawanan musim 2023/2024 Indian Super League (ISL).
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong TBG sepertinya tidak sabar untuk menantikan kehadiran penyerang Colombia itu.
"Padu Yob, shopping sakan. Next Wilmar Jordan incoming.. Semalam dia punya gol tanduk komer, kepala sangat berbisa. Body pun tegap, kena body contact dengan defend lawan nak jatuh pun susahlah," kata Master Qey.
"Keeper sudah ada, sekarang nak tunggu striker pula, Wilmar Jordan, tak sabar nak penuhkan stadium," kata Azwan Rashid.
"Bila nak umum Wilmar Jordan, ni kalau jadi, defend pun boleh surrender," kata Ohm Cham. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram