DESTINASI kelab yang bakal dituju oleh bekas kapten Selangor FC, Brendan Gan bakal terjawab tidak lama lagi.
Ia susulan selepas nama pemain tengah Selangor itu dikhabarkan bakal berhijrah ke Pantai Timur.
Seperti yang dilaporkan Majoriti sebelum ini, Gan telah "99 peratus bersetuju" untuk menyertai pasukan Sri Pahang FC musim ini bagi menguatkan bahagian tengah mereka.
Difahamkan, pemain kebangsaan itu dikatakan menerima tawaran lumayan daripada pengurusan Sri Pahang dan pastinya ia adalah satu tawaran yang sukar untuk ditolak.
Meskipun begitu, belum ada sebarang pengesahan mengenai perpindahan tonggak tengah Harimau Malaya itu, mahupun kelab Pantai Timur tersebut.
Jadi atau tidak, Majoriti sebab Gan akan pilih Sri Pahang berbanding Kedah Darul Aman (KDA) FC atau Perak FC.
BACA LAGI: Mahu kekal di Malaysia, ‘jodoh’ Brendan Gan cuma diketahui lepas jumpa Oman
Brendan Gan (kanan) hanya mahu mendedahkan masa depannya selepas tamat aksi berdepan Oman. — Facebook/FAM
BACA LAGI: Hanya 1 peratus halang Brendan Gan sertai Sri Pahang
1. Sri Pahang FC
Sri Pahang antara kelab yang dikhabarkan semakin hampir untuk mengikat pemain tengah skuad kebangsaan itu.
Ia berikutan selepas ketika ini Pahang sedang memburu pemain tengah yang berpengalaman untuk memperkemas skuad musim 2024.
Perpindahan tersebut pastinya mencuri tumpuan penyokong skuad Tok Gajah yang akan melihat gandingan Gan dan Nor Azam Azih.
Kehadiran Gan ke Tok Gajah pastinya akan mencetuskan fenomena yang mana dijangka berpotesi menghasilkan gandingan menggerunkan pihak lawan.
Sri Pahang pada musim ini dilihat sangat stabil dari segi pengurusan dan kewangannya walaupun menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan pada musim lepas.
Tangga kelima dalam Liga Super bukanlah pencapaian yang buruk pada musim lalu, tetapi dengan kehadiran barisan pemain yang mantap seperti kehadiran Manuel Hidalgo yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta'zim bagi kuota import pastinya mengujakan penonton untuk melihat gandingan mereka.
Selaih Hidalgo, Sri Pahang juga menerima kehadiran muka baharu seperti Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim, T Saravanan dan penjaga gol, Azfar Arif.
2. Kedah Darul Aman FC
Sebelum dikhabarkan ke skuad Gergasi Merah, Kedah Darul Aman (KDA) FC antara kelab yang turut berminat untuk mendapatkan khidmat tonggak skuad kebangsaan itu.
Ia berikutan selepas pasukan Sang Kenari itu kehilangan hampir kesemua pemain termasuklah golongan import dengan seorang pengganti prolifik diperlukan.
Bagaimanapun, isu tunggakan gaji dan pengurusan dialami boleh menutup pintu buat Gan yang pastinya mempunyai permintaan gaji tinggi berdasarkan kualiti dan mutunya sepanjang bertahun-tahun beraksi secara profesional.
Jadi agak sukar untuk Kedah mendapatkan khidmat Gan walaupun ketika ini Sang Kenari memerlukan seseorang mengisi 'jawatan' kapten susulan pemergian Manuel Ott yang kembali menyarung jersi Terengganu FC.
3. Perak FC
Pastinya ramai yang tidak mengetahui zaman kegemilangan Gan ketika menabur bakti bersama Perak FC.
Gan pernah mencipta nama selepas menerima anugerah ‘Man of The Match’ apabila membantu The Bos Gaurus (TBG) menundukkan Terengganu FC dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.
Meskipun begitu, kehadiran Gan ke skuad Seladang pastinya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong mengenai minit permainan dan usianya yang semakin meningkat.
Ia susulan selepas pengendali Perak FC, Yusri Che Lah gemar menggunakan khidmat pemain muda berbanding senior. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram