PERSATUAN Bola Sepak Perancis (FFF) menegaskan pendirian mereka untuk menyekat saranan menghentikan permainan seketika bagi memberi peluang pemain berbuka puasa.
Menurut laporan media Eropah, organisasi itu sudah mengeluarkan surat rasmi terhadap badan pengadilan supaya tidak memberhentikan aksi kerana tidak mahu perlawanan terganggu ketika pemain mengambil masa berbuka puasa.
Keputusan berkenaan menyaksikan pelbagai pihak, termasuk penyokong membantah pendirian itu sehingga melabel FFF mengamalkan sikap Islamofobia.
Presiden Suruhanjaya Pengadilan Kebangsaan (CFA), Eric Borghini berkata, keputusan demikian dibuat bagi mengelak sebarang bentuk provokasi berlaku.
BACA LAGI: Moreh antara 3 tradisi masyarakat Melayu meresap jadi amalan umat Islam sepanjang Ramadan
Orang ramai mula melabel FFF sebagai satu persatuan yang mengamalkan sikap Islamofobia. — Agensi
BACA LAGI: 'Kejarlah pahala seawal mungkin', ketahui kelebihan 10 malam pertama Ramadan dan ganjaran tarawih
Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja memberhentikan permainan untuk membenarkan pemain berbuka puasa.
"Sekiranya kami menerima maklum balas bahawa terdapat perkara sebegitu berlaku, kami akan mengeluarkan notis. Tetapi, saya anggap ia tidak akan berlaku ketika aksi profesional," katanya.
Setakat ini, liga-liga utama sekitar Eropah, termasuk di Jerman dan England memberi masa beberapa minit terhadap pemain Muslim untuk berbuka puasa.
Bagaimanapun, bagi Perancis dan FFF, pendirian mereka tetap teguh terhadap keputusan yang sebelum ini dibuat pada tahun lalu.
Hal itu pastinya cukup mengejutkan memandangkan beberapa pemain bintang dalam liga utama Perancis seperti Achraf Hakimi juga beragama Islam. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram