Makan nasi cuma 2 genggam elak 'food coma' ketika berpuasa


  • Massa
  • Rabu, 13 Mac 2024

Pengambilan makanan yang terlalu manis atau tinggi karbohidrat mengakibatkan anda mudah rasa mengantuk.

AIR penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung berfungsi secara berkesan dan melegakan tubuh badan.

Ia juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang terdapat dalam tubuh manusia.

Setiap sistem dalam tubuh memerlukan air, bahkan sebahagian besar badan merangkumi cecair itu.

Dengan cuaca panas ekoran fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini, penting untuk setiap satu daripada kita memastikan tubuh kekal hidrasi.

Lebih membimbangkan, laporan menunjukkan taburan hujan yang berkurangan diramal boleh menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih kering dan panas sepanjang Ramadan tahun ini.

Pensyarah dan Dietitian di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof berkata, kekeringan boleh menyebabkan seseorang mengalami pening kepala dan keletihan.

Sehubungan itu, beliau turut berkongsi empat tip untuk badan kekal terhidrat sepanjang menjalan ibadah puasa.

1. Minum air secukupnya

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL

Photos of clean water for story of access to clean drinking water is still a distant dream for some Malaysians. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Orang ramai disarankan agar minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong semasa Ramadan.

BACA LAGI: [VIDEO] Belum sempat nak 'blow' rambut, 'hair dryer' tiba-tiba meletup sambar muka pelanggan

Orang ramai disarankan agar minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong semasa Ramadan daripada waktu berbuka hingga sahur.

Namun air tersebut tidak perlu diminum lapan gelas sekali gus, sebaliknya perlu dibahagikan sebaik-baiknya.

Misalnya satu cawan semasa berbuka, selepas makan, ketika terawih dan sebelum tidur.

Air adalah satu keperluan dalam kehidupan, ia merangkumi 60 hingga 70 peratus keseluruhan badan anda.

Anda boleh bertahan tanpa makanan selama berminggu-minggu tetapi ia adalah berbeza dengan air.

Anda juga digalakkan memakan buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti tembikai termasuk kurma segar untuk memberi tenaga segera.

2. Kurangkan ambil minuman berkafein

Rakyat Malaysia gemar minum air yang mengandungi kafein bagi membangkitkan semangat seseorang di pagi hari.

Tidak dapat dinafikan rakyat Malaysia gemar minum air yang mengandungi kafein bagi membangkitkan semangat seseorang di pagi hari.

Namun sepanjang Ramadan ini, anda sebaik-baiknya dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan minuman berkafein seperti teh, air coklat dan air berkarbonat kerana ia bersifat diuretik.

Pengambilan air tersebut lebih menyebabkan anda berasa dahaga pada siang hari disebabkan ia juga bertindak menggalakkan pengeluaran air atau kerap membuang air kecil.

3. Kurangkan pengambilan garam

GARAM

Pengambilan makanan yang tinggi garam pada bulan puasa berisiko memberi impak buruk kepada kesihatan.

Garam akan menyebabkan kita mudah dahaga.

Garam bukan hanya membawa maksud rasa masin di mulut, tetapi juga merangkumi makanan yang tinggi dengan garam masakan (natrium klorida), manakala sodium (nama lain bagi natrium) adalah mineral yang terkandung dalam garam.

Makanan yang kaya dengan bahan tersebut termasuk makanan proses, makanan segera, snek dan makanan dalam tin kerana ia adalah ejen yang bertindak membolehkan makanan itu bertahan dalam tempoh lebih lama.

Pengambilan makanan yang tinggi garam pada bulan puasa berisiko memberi impak buruk kepada kesihatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga memaklumkan pengambilan garam sehari sebaiknya hanyalah lima gram iaitu menyamai satu sudu teh sahaja.

4. Kurangkan manis

Coffee shop preparing sugar for customer to self service at Church street in George Town, Penang. ( October 20, 2023). — CHAN BOON KAI/The Star

Minum air yang terlalu manis selepas berbuka akan menyebabkan anda mengalami keletihan melampau.

Anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang terlalu manis kerana ia mudah menyebabkan rasa dahaga.

Sekiranya minum air yang terlalu manis selepas berbuka, kita akan mengalami keletihan melampau.

Bukan hanya makanan manis, makanan yang tinggi karbohidrat seperti mengambil nasi terlalu banyak juga tidak digalakkan.

Mengikut sukatan, kebiasaannya kita perlu makan satu hingga dua genggaman tangan sahaja, namun ada yang bertindak mengikut nafsu hingga makan lima senduk nasi sekali gus.

Katakan kita makan lebih daripada hidangan yang diperlukan, itu yang menyebabkan kita berasa terlalu letih terutamanya yang berkarbohidrat iaitu manis, nasi, kuih dan sebagainya.

Ini kerana badan kita terpaksa bekerja keras mengeluarkan insulin untuk memproses karbohidrat menjadi tenaga.

Apabila terlalu tinggi insulin dan kandungan gula, situasi itu yang menyebabkan kita mudah rasa mengantuk atau juga dikenali sebagai food coma. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram