[VIDEO] Kononnya nak ronda-ronda sementara tunggu iftar, 2 remaja perempuan tersangkut atas bumbung rumah jiran


  • Benua
  • Rabu, 13 Mac 2024

Dua remaja perempuan bersama motosikal ditunggang mereka tersangkut di atap sebuah rumah di Indonesia pada Selasa.

KEJADIAN mengejutkan apabila dua remaja perempuan bersama sebuah motosikal ditunggang mereka tersangkut di atas bumbung sebuah rumah di Jawa Barat, Indonesia pada Selasa.

Kejadian itu sempat dirakam dan dikongsikan di Instagram @awreceh.id sekali gus menarik perhatian ramai kerana menganggap ia sesuatu yang melucukan.

Kedua-dua remaja tersebut bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

BACA LAGI: Kren rempuh tiang sampai jatuh halang laluan punca jalan sesak di Lebuhraya PLUS dari Simpang Renggam ke Sedenak

65f0253fdd455-motor-abg-nyangkut-diatas-genteng_banyuwangi

Seorang lelaki berusaha membantu remaja yang tersangkut di bumbung sebuah rumah.

BACA LAGI : Terlampau semangat nak kibar bendera, pengemis panjat tiang elektrik maut lepas kena renjatan

Menurut salah seorang penduduk tempatan, Euis Siti Jenab, 25, motosikal yang ditunggang kedua-dua remaja tersebut secara tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh bumbung rumah milik orang lain.

"Tak tahu punca sebenarnya apa, katanya brek motornya rosak. Rasanya mereka masih bawah umur," katanya.

Berdasarkan informasi awal, mereka ketika itu dikatakan mahu pergi bersiar-siar di luar sementara menunggu untuk berbuka puasa.

Pada masa sama, kelihatan seorang lelaki sedang berusaha membantu mangsa yang tersadai di atas bumbung bersama motosikalnya sambil menunggu bantuan lain tiba.

Namun, punca sebenar masih tidak dapat dipastikan lagi. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa Indonesia berhubung kejadian itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram