Moreh antara 3 tradisi masyarakat Melayu meresap jadi amalan umat Islam sepanjang Ramadan


  • Massa
  • Selasa, 12 Mac 2024

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Selasa. — Gambar hiasan

BERMULA pada Selasa, umat Islam di seluruh negara mula mengerjakan ibadah berpuasa.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, semangat bulan Ramadan itu pastinya akan turut dirasai oleh hampir segenap lapisan masyarakat.

Ini kerana dalam tempoh tersebut, rata-rata daripada umat Islam yang merupakan penganut agama majoriti di Malaysia akan turut sibuk dengan pelbagai amalan dan aktiviti yang khusus dilakukan semasa berpuasa.

Bagi umat Islam, tempoh sepanjang bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk mereka mereka fokus dan meningkatkan ibadah masing-masing melalui amalan yang disarankan.

Selain itu, terdapat pelbagai juga aktiviti lain dilakukan bagi menghidupkan lagi suasana di bulan Ramadan.

Bagaimanapun, tahukah anda, tidak semua aktiviti dilakukan yang hanya unik semasa bulan puasa adalah berasal daripada amalan disarankan secara langsung oleh agama Islam.

Ini kerana terdapat beberapa kegiatan dilakukan umat Islam di Malaysia ketika Ramadan adalah berpunca daripada amalan tradisi masyarakat Melayu.

Meskipun begitu, amalan tersebut diteruskan secara turun-temurun kerana meskipun ia tidak terdapat dalam suruhan agama.

Ini kerana aktiviti berkenaan secara asasnya tidak mempunyai nilai yang bertentangan dengan agama Islam.

Berikut Majoriti senaraikan tiga aktiviti di bulan Ramadan yang merupakan amalan tradisi masyarakat untuk memeriahkan suasana Ramadan di Malaysia.

1. Ketuk-ketuk sahur

427571705_772787994875411_4359743423703212152_n

Ketuk-ketuk sahur dilakukan secara berkumpulan. — Facebook/TeamGerakSahur

Antara tradisi unik di bulan Ramadan yang sudah yang dilaksanakan di Malaysia adalah kegiatan yang dikenali 'ketuk-ketuk sahur'.

Amalan ini kebiasaannya masih dilakukan di kampung tertentu di dalam negara bagi mengejutkan orang ramai untuk bersahur.

Kegiatan ini kebiasaannya akan dilaksanakan secara berkumpulan dengan cara berkeliling di seluruh kampung sambil bernyanyi, memukul gendang dan mengetuk pintu rumah dengan kayu.

Untuk rekod, amalan ini turut dapat dikesan di beberapa negara Arab seperti Arab Saudi, Mesir dan Yaman.

Di Malaysia, terdapat kampung yang sudah mengamalkan kegiatan ini selama lebih 75 tahun.

2. Agihan bubur lambuk

(BRIEF CAPTION): Mosque committees preparing Bubur Lambuk at Masjid Jamek Hashim Yahaya in George Town, Penang.( April 3 , 2022 ). — CHAN BOON KAI/The Star

Bubur lambuk kebiasannya diagihkan kepada orang ramai untuk berbuka.

Antara tradisi unik di bulan Ramadan yang sudah yang dilaksanakan di Malaysia adalah kegiatan yang dikenali 'ketuk-ketuk sahur'.

Amalan ini kebiasaannya masih dilakukan di kampung-kampung tertentu di dalam negara bagi mengejutkan orang ramai untuk bersahur.

Kegiatan ini kebiasaannya akan dilaksanakan secara berkumpulan dengan cara berkeliling di seluruh kampung sambil bernyanyi, memukul gendang dan mengetuk pintu rumah dengan kayu.

Untuk rekod, amalan ini turut dapat dikesan di beberapa negara Arab seperti Arab Saudi, Mesir dan Yaman..

Di Malaysia, terdapat kampung yang sudah mengamalkan kegiatan ini selama lebih 75 tahun.

3. Moreh

The tradition of sharing a meal after terawih prayers has long been practised but it wasn't popularly known as moreh till 20 years ago. - Filepic

Kebiasaannya hidangan moreh disediakan ahli masjid atau surau berkenaan.

Moreh merupakan aktiviti makan bersama-sama yang dilakukan selepas jemaah selesai menunaikan solat terawih di surau pada setiap malam bulan Ramdan.

Kebiasaannya hidangan moreh disediakan ahli masjid atau surau berkenaan.

Amalan ini bertujuan mengajak ahli kariah dan kanak-kanak untuk bersama-sama mengerjakan ibadah di samping mengimarahkan masjid dan surau.

Selain itu , moreh juga menjadi platform bagi individu berkemampuan bersedekah memberikan makanan mengikut kemampuan masing-masing bagi mendapat ganjaran pahala ketika Ramadan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram