MASJID Al-Busyra, Kedah kini menjadi perhatian di media sosial selepas ahli kariahnya bergiat aktif dalam merancang strategi untuk meningkatkan pembangunan ekonomi umat Islam.
Imam masjid berkenaan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 36, bertindak luar biasa dengan mengutip dana berjumlah RM2.4 juta untuk pembinaan hotel di masjid itu.
Lebih menarik, Firdaus menggunakan platform media sosial untuk bersiaran langsung bagi meraih sumbangan pengguna laman Facebook dan TikTok sekali gus membolehkan semua golongan berinfak dengan hanya serendah RM2.40 setiap seorang.
Langkah yang diambilnya untuk pembangunan masjid dilihat mendapat pujian dan sokongan daripada ramai warganet.
BACA LAGI: Tak batal puasa jika hidu terapi, situasi berbeza jika hisap vape atau rokok
Mohd Firdaus Mat Akhir memiliki perancangan untuk membuat hotel dalam masjid.
BACA LAGI: Cukup hujung-hujung sudu, kurma butter sesuai buat penghidap kerintangan insulin
Antaranya, seorang pengguna di Facebook, Zakaria Long menyokong tindakan yang dibuat kerana menganggap akan memberi pulangan kembali kepada umat Islam.
"Masjid pusat segala aktiviti, bab tandas pun kadang-kadang ada masjid yang tak lepas.
"Sedangkan kalau dalam kitab fekah, bab istinjak inilah antara bab awal dibincangkan," tulisnya.
Zakaria Long turut berharap agar Firdaus tidak mengendahkan jika ada pihak yang tidak suka dengan perancangan yang dibuat.
"Akan ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan ini, abaikan dan teruskanlah perjuangan. Ramai yang menyokong," tulisnya.
Selain itu, pengguna di Facebook dengan nama Mohd Asmawi turut menyifatkan perancangan pembinaan hotel dalam masjid sebagai idea bagus.
"Sepatutnya masjid ada perniagaan yang bersesuaian, masjid mart pun okay, masjid hotel ini idea bernas untuk pembangunan ekonomi umat Islam," tulisnya.
Dalam pada itu, seorang pengguna dengan nama Norhisam Tukiran berharap agar idea itu turut diaplikasikan di masjid-masjid yang lain.
"Satu idea hebat dan boleh disemarakkan di semua masjid. Jadikan institusi masjid dapat dikolaborasikan dengan program yang dapat membantu masyarakat setempat," tulisnya.
Pengguna yang lain dengan nama Azmir Bakar pula beranggap perancangan sedemikian mampu membuatkan seseorang lebih bersemangat untuk menunaikan ibadah.
"Pernah duduk masjid ada bilik macam homestay di Jeli. Selesa dan bersih. Solat pun on time jadinya," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram