FASILITI sesebuah pasukan, terutamanya stadium menjadi kunci penting di sebalik reputasi sesebuah pasukan kerana ia sedikit sebanyak melambangkan identiti kelab.
Misalnya, Stadium Old Trafford yang menjadi kubu buat Manchester United buat berpuluh tahun lamanya sudah cukup sinonim dengan mereka.
Jadi, tidak hairanlah apabila rata-rata penyokong membantah keputusan pemegang saham baharu kelab, Sir Jim Ratcliffe yang mahu merobohkannya untuk membina stadium baharu dengan kapatisi lebih besar.
Bagi mereka, meskipun ia menjadi peluang untuk menarik lebih ramai penonton, tindakan tersebut hanya akan memadam sejarah dan kemegahan The Red Devils.
Perkara itu turut berlaku dalam negara apabila rata-rata kelab Liga Super enggan mencari 'rumah baharu' setelah bertahun-tahun menikmati zaman kegemilangan di stadium masing-masing.
BACA LAGI: Penyokong Gergasi Merah rindukan aura keramat, apakah nasib Stadium Shah Alam
Stadium Old Trafford menyimpan pelbagai sejarah di sebalik kejayaan The Red Devils.
Sebagai contoh, Stadium Shah Alam, Selangor yang menjadi kubu skuad Gergasi Merah masih dipertahankan sehingga kini apabila masih terdapat pihak enggan melihatnya dirobohkan.
Pengumuman kerajaan negeri untuk membina Kompleks Sukan Shah Alam berserta sebuah stadium serba canggih bakal menyaksikan stadium itu dirobohkan bagi memberi ruang.
Bagaimanapun, dengan pelbagai isu fasiliti berlaku di venue terbabit, orang ramai mula sedar bahawa keputusan terbaik adalah untuk merobohkannya.
Tetapi, timbul pula perdebatan hangat di media sosial mengatakan langkah terbaik buat pihak pengurusan Selangor FC adalah memilih untuk memperbaikinya seperti mana pernah disaksikan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.
Kerobohan bumbung pernah dialami beberapa kali menelan kos pembaikian RM26.8 juta, namun kerja-kerja tersebut berjaya dilakukan sehingga menyaksikannya menjadi salah sebuah stadium terbaik dalam negara.
BACA LAGI: Exco Sukan Selangor beri 'update' terkini status Stadium Shah Alam
Kerja-kerja pembaikian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menelan kos jutaan ringgit.
Namun, bagi penyokong Selangor FC, hujah itu tidak boleh diterima memandangkan kubu skuad Sang Penyu berkenaan masih baharu berbanding Stadium Shah Alam.
Stadium yang dibina bermula 1994 tersebut boleh dianggap sebagai salah satu stadium tertua dalam negara dengan perbelanjaan untuk memuliharanya bakal menelan kos ratusan juta ringgit.
Persoalannya, sekiranya dilihat kepada stadium-stadium dalam negara, adakah benar bahawa Stadium Shah Alam merupakan yang tertua setakat ini?
Berdasarkan carian, ini merupakan senarai usia-usia stadium kelab Liga Super sejak dibuka berserta kapasitinya menurut maklumat di laman sesawang.
1. Johor Darul Ta'zim (Stadium Sultan Ibrahim) - 4 tahun - Kapasiti 40,000 penonton
2. Selangor FC (Stadium MBPJ) - 28 tahun - Kapasiti 25,000
3. Sabah FC (Stadium Likas) - 41 tahun - Kapasiti 22,000
4. Kedah Darul Aman FC (Stadium Darul Aman) - 62 tahun - Kapasiti 24,644
5. Sri Pahang FC (Stadium Darul Makmur) - 51 tahun - Kapasiti 40,000
Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium 'termuda' dalam senarai ini.
6. Terengganu FC (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin - 18 tahun - Kapasiti 40,000
7. Kuala Lumpur City FC (Stadium Cheras) - 34 tahun - Kapasiti 18,000
8. PDRM FC (Stadium Selayang) - 25 tahun - Kapasiti 16,000
9. Negeri Sembilan FC (Stadium Tuanku Abdul Rahman) - 32 tahun - Kapasiti 40,000
10. Penang FC (Stadium Bandaraya) - 68 tahun - Kapasiti - 20,000
Stadium Bandaraya yang menjadi kubu buat Penang FC bertahun-tahun lamanya.
11. Perak FC (Stadium Perak) - 59 tahun - Kapasiti 42,500
12. Kelantan United (Stadium Sultan Muhammad ke-IV) - 57 tahun - Kapasiti 22,000
13. Kuching City (Stadium Negeri Sarawak) - 33 tahun -Kapasiti 26,000
Stadium tambahan
Stadium Shah Alam - 30 tahun - Kapasiti 80,372
Stadium Merdeka kini sedang diubah suai selepas bertahun-tahun diabaikan.
Stadium Larkin - 60 tahun - Kapasiti 30,000
Stadium Batu Kawan - 24 tahun - Kapasiti 40,000
Stadium Nasional Bukit Jalil - 29 tahun - Kapasiti 85,000
Stadium Hang Jebat - 20 tahun - Kapasiti 40,000
Stadium Merdeka - 67 tahun - Kapasiti 20,000
Jadi, melihat kepada usia dan kapasiti masing-masing, jelas menunjukkan bahawa pelbagai faktor memainkan peranan dalam menentukan sekiranya ia memerlukan pemuliharaan berkos tinggi atau tidak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram