
BEKAS penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak tidak bernasib baik musim lalu apabila mengalami isu kecederaan serius yang menyaksikannya disisihkan daripada Negeri Sembilan FC.
Kehilangannya menyaksikan skuad Jang terpaksa melupakan khidmatnya sejak Mei 2023 dengan posisi berkenaan sukar diisi pihak kejurulatihan.
Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian pada penghujung musim, pemain berusia 36 tahun tersebut seakan-akan hampir untuk pulang beraksi buat mereka.
Selain berada di padang latihan, Zaquan juga dilaporkan sudah hampir berada di tahap kecergasan terbaik, namun terus disisihkan bekas pengendali, K Devan.
Namun, harapan untuk menyaksikannya pulang sudah terpadam apabila Negeri Sembilan FC mengumumkan pemergian penyerang berkenaan pada Isnin.
BACA LAGI: Negeri Sembilan, Kelantan terima ‘offer’ TMJ naik taraf kualiti rumput stadium
Kehilangan Zaquan akibat kecederaan amat dirasai skuad Jang musim lalu. — Facebook/Negeri Sembilan FC
BACA LAGI: Dilepaskan Negeri Sembilan, Sri Pahang dijangka nanti ketibaan Shahrel Fikri
"Zaquan tidak akan bersama Negeri Sembilan FC mengharungi Liga Malaysia musim ini. Sepanjang kariernya bersama skuad Jang, Zaquan telah membantu pasukan memenangi Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Perdana," katanya.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan hala tuju pemain berkenaan selepas ini dengan dia difahamkan masih belum mahu menamatkan kariernya.
Tetapi, sekiranya tidak memiliki sebarang kelab, Zaquan mungkin akan mengambil pilihan berkenaan dengan usianya sudah semakin lanjut.
Jika memilih untuk 'menggantung but', pemain kelahiran Negeri Sembilan tersebut boleh menceburi bidang kejurulatihan seperti kembarnya, Aidil Zafuan yang kini bersama staf kejurulatihan Johor Darul Takzim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram