'Messi Malaysia' dalam senarai 'offload' Sang Penyu


  • Podium
  • Isnin, 11 Mac 2024

Kelibat Faiz Nasir semakin dilupakan dalam skuad Sang Penyu berikutan limpahan bintang dalam pasukan itu. — Facebook/Terengganu FC

KHABAR angin sebelum ini kuat mengatakan pemain sayap Terengganu FC, Faiz Nasir bakal meninggalkan kelab itu selepas khidmatnya kurang ditagih kebelakangan ini.

Isu kecergasan dialaminya turut menyaksikannya kerap disisihkan di bangku simpanan sehingga menyaksikannya menyertai Kelantan United FC pada jendela perpindahan kedua musim lalu.

Kini, dia yang dahulunya pernah dijulang sebagai 'Messi Malaysia' dilihat akan sekali lagi meninggalkan kelab terbabit demi minit permainan.

Perpindahan terbabit turut didorong dengan kehadiran Safawi Rasid dan Akhyar Rashid di posisi sayap menutup peluangnya untuk beraksi secara kerap.

Bagaimanapun, sehingga kini, perkara berkenaan masih belum dirasmikan dengan Faiz Nasir masih kekal milik kelab Pantai Timur itu.

BACA LAGI: Tidak lagi bersama Sang Kenari, peluang Terengganu sambar Manuel Ott makin cerah

381188223_739552634851060_7112993221473113902_n

Faiz Nasir dipinjamkan ke skuad Kijang Hijau pada jendela perpindahan kedua musim lalu. Facebook/Kelantan United FC

Namun, pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Mohd Sabri Abbas menegaskan pemain berusia 31 tahun itu akan dilepaskan.

Ia berikutan kesukaran untuknya merebut tempat dengan lambakan pilihan kepada ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner terus menyekat peluangnya.

Antara kelab yang dikaitkan dengan penyerang itu ialah Kelantan United selepas penyerang itu menabur jasa buat mereka selama separuh musim.

Meskipun hanya menjaringkan satu gol sepanjang 10 penampilan dalam kesemua kejohanan, pengalamannya terus didambakan buat pasukan bergelut berkenaan dalam saingan akan datang.

BACA LAGI: Kelihatan di samping 'adik King Myvi' di Terengganu, ramai ingat Dion Cools rupanya Manuel Ott

428613588_945251403782181_434599277312950249_n

Skuad Harimau Kumbang cukup bersedia untuk bersaing musim depan. Facebook/Penang FC

Tetapi, berdasarkan kesesuaiannya, khidmat Faiz Nasir lebih diperlukan Penang FC yang juga memerlukan seorang pemain sayap berpengalaman.

Pemergian Hadin Azman yang menyertai Negeri Sembilan FC mengurangkan pilihan buat ketua jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Walaupun mereka cenderung menggunakan khidmat 'ubi muda', seorang dengan pengalaman dalam skuad kebangsaan masih diperlukan dalam memberi tunjuk ajar di atas padang.

Selain itu, skuad Harimau Kumbang lebih sesuai buat penyerang berkenaan kerana kelab Utara tanah air itu mempunyai misi tersendiri musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram