Tidak lagi bersama Sang Kenari, peluang Terengganu sambar Manuel Ott makin cerah


  • Podium
  • Sabtu, 09 Mac 2024

Manuel Ott membantu skuad Sang Kenari menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga keempat. — Facebook/KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC pada Sabtu mengumumkan pemain tengah merangkap kapten pasukan, Manuel Ott tidak akan lagi bersama kelab itu musim depan.

"Selepas beberapa perbincangan dan pertimbangan bersama antara pengurusan kelab dan Manuel Ott, dengan emosi bercampur-baur, kami mengumumkan persetujuan bersama mengenai pemergian Manuel Ott dari KDA FC," tulisnya.

Pengumuman itu menyaksikan skuad Sang Kenari tidak lagi memiliki import selepas masing-masing secara rasmi tidak akan lagi beraksi bersama kelab berkenaan.

Meskipun tidak diumumkan destinasinya, ramai beranggapan pemain kebangsaan Filipina terbabit akan pulang ke kelab terdahulunya, Terengganu FC.

BACA LAGI: Tidak lagi bersama Sang Kenari, peluang Terengganu sambar Manuel Ott makin cerah

manuel-ott-fbpix-terengganu-fc_2753926_20221114190219

Ott (depan) menghabiskan tempoh semusim bersama skuad Sang Penyu.

BACA LAGI: Cinta Lee Tuck buat Terengganu bukan baharu, masih mekar mewangi selepas bertahun

Kelab Pantai Timur itu sebelum ini dikaitkan dengan Manuel Ott selepas sumbangan penting dalam membantu mereka ke tangga kedua Liga Super 2022.

Namun, pemain 31 tahun berkenaan memilih untuk meninggalkan skuad Sang Penyu bagi mengikuti jejak ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

Sekiranya tonggak bahagian tengah tersebut menyertai Terengganu FC, mereka bakal memiliki skuad cukup lengkap baik dari segi serangan mahupun pertahanan.

Bagi KDA FC pula, kehilangan Manuel Ott dijangka akan diisi Habib Haroon yang juga bekas kapten skuad Sang Penyu yang meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan kali ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram