'Ubi muda' TFC, Sri Pahang boleh jadi senjata rahsia HM perdayakan jurulatih baharu Oman


  • Podium
  • Selasa, 12 Mac 2024

Barisan pemain muda mampu menghasilkan kekeliruan buat Oman apabila bertemu Malaysia. — FAM

MALAYSIA masih belum mengesahkan skuad akhir untuk dibawa menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 22 dan 26 Mac kelak.

Apa yang menarik adalah, panggilan yang dilakukan oleh Kim Pan-gon kali ini menyaksikan ramai pemain-pemain muda yang pertama kali menyertai Harimau Malaya.

Cabaran getir pastinya menanti Malaysia kerana Oman kini disuntik dengan kehadiran pengendali baharu iaitu Jaroslav Silhavy.

Akan tetapi, kita masih ada senjata rahsia yang boleh digunakan untuk menggegar Oman menerusi tiga pemain muda yang mesti dipanggil oleh Pan-gon dalam skuad akhir:

1. T. Saravanan

Penyerang baharu Sri Pahang FC ini boleh dijadikan pilihan tambahan buat Pan-gon di bahagian serangan.

Saravanan merupakan pemain yang mempunyai kualiti penyudah selain terdapat kelajuan yang boleh membantu menggerakan barisan serangan dalam memburu jaringan.

Walaupun pada musim lalu tidak menghasilkan impak yang begitu hebat, tetapi Saravanan masih berjaya mencuri perhatian ramai terutamanya ketika merangkul Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super.

Dengan watak yang kurang dikenali oleh barisan kejurulatihan Oman, pastinya Saravanan boleh menyukarkan pihak lawan sambil menonjolkan kehebatannya dalam menyudahkan peluang.

BACA LAGI: ‘Tak kisah’ dengan Zainal Abidin, Nwakaeme anggap Matias Conti gandingan terbaik bersama Pahang

432321995_1110432446696657_2490247347045606894_n

Saravanan boleh memberikan pilihan berbeza pada serangan Malaysia. — FAM

2. Safwan Mazlan

Pertama kali dipanggil oleh skuad senior Malaysia, masanya telah tiba untuk pertahanan muda Terengganu FC ini membuktikan kemampuannya.

Merupakan bintang dalam skuad bawah 23 tahun kendalian Juan Torres Garrido, Safwan dilihat merupakan prospek pemain pertahanan yang bakal menjaga benteng negara di masa depan.

Dengan kualiti dari segi bentuk fizikal serta versatil ketika beraksi, Safwan boleh memberikan idea berbeza buat Pan-gon lagi-lagi dengan kemampuan pemain ini beraksi di pelbagai posisi pertahanan.

Letakkan Safwan di pertahanan tengah, dia akan serap segala serangan Oman. Letakkan dia di pertahanan tepi, Safwan akan bantu Malaysia cari jaringan.

BACA LAGI: Tak macam skuad senior, Harimau Muda adakah 5 perlawanan sebelum Piala Asia B-23

432345117_1110433153363253_6301153956903215260_n

Safwan boleh beraksi di semua posisi pertahanan. — FAM

3. Harith Haiqal

Pemain muda Selangor FC yang pernah menerima jolokan sebagai jelmaan Sergio Ramos turut boleh dipertimbang oleh Pan-gon untuk dibawa menentang Oman.

Susuk tubuh yang tegap dimiliki Harith memenuhi ciri-ciri sebagai pemain pertahanan tengah yang berkualiti dan berprospek tinggi.

431030269_1109379346801967_7744046625871718497_n

Harith (kiri) dianggap sebagai goal-scoring defender. — FAM

Berbanding Safwan yang versatil dalam beraksi di pelbagai posisi, Harith pula lebih kepada seorang pertahanan tengah yang mampu menjaringkan gol. Itu menjadikan Harith sangat berguna ketika situasi bola mati seperti sepakan percuma atau sepakan penjuru.

Tiga-tiga nama yang disenaraikan ini semuanya mempunyai potensi besar dalam bola sepak negara. Dengan mereka sudah berada dalam skuad senior, tunggu masa saja sebelum mereka mewarisi bintang sedia ada di masa akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram