KECOH khabar angin sejak Sabtu bahawa bek tengah kebangsaan, Dion Cools bakal menyertai Terengganu FC pada jendela perpindahan kali ini.
Pemain yang pernah berkali-kali dikaitkan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu seakan-akan lebih berminat untuk beraksi di Pantai Timur.
Meskipun ada beranggapan juara Liga Super itu lebih menarik, pertahanan kental tersebut seperti sudah mempunyai destinasinya untuk musim depan.
Ini dikukuhkan lagi apabila terdapat sekeping foto dimuat naik di laman Facebook Terengganu 11 memaparkan kelibat seperti Dion Cools di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu.
BACA LAGI: Cinta Lee Tuck buat Terengganu bukan baharu, masih mekar mewangi selepas bertahun
Kelibat seseorang berpakaian serba putih menimbulkan pelbagai spekulasi. — Facebook/Terengganu 11
Pemain itu kelihatan sedang membawa dua bagasi di sampingnya dengan sebuah kereta jenama Perodua Viva turut berada dalam gambar terbabit.
Bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen beranggapan individu berkenaan bukanlah Dion Cools, namun sebaliknya pemain tengah kebangsaan Filipina, Manuel Ott.
Dia yang sebelum ini dikaitkan dengan kepulangan ke Terengganu FC baru sahaja mengumumkan pemergian dari Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Ini kerana terdapat sekeping foto yang dikongsikan penyokong memaparkan Manuel Ott mengenakan pakaian serba putih di samping dua bagasi.
BACA LAGI: Tidak lagi bersama Sang Kenari, peluang Terengganu sambar Manuel Ott makin cerah
Dion Cools kini beraksi dengan cemerlang di Thailand bersama Buriram United. — Facebook/Buriram United
Khabar angin mengenai kemasukan pemain berusia 31 tahun itu boleh dianggap sebagai sesuatu yang lebih munasabah berbanding ura-ura mengatakan skuad Sang Penyu mahu mendapatkan khidmat Dion Cools.
Pemain kelahiran Kuching, Sarawak itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan JDT, namun memilih untuk kekal di Liga Thailand bersama Buriram United.
Permintaan gaji tinggi dikatakan faktor skuad Harimau Selatan tidak cenderung untuk menyambar khidmatnya dengan keputusan itu masih menyaksikan benteng pertahanan mereka terus ampuh musim lalu.
Bagi Manuel Ott pula, dia yang tidak terikat dengan mana-mana pasukan dilihat mampu membantu Terengganu FC musim depan setelah beraksi cukup cemerlang bersama KDA FC sebelum ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram