PAHANG Rangers meneruskan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) setelah menumpaskan Sabah pada Ahad.
Keputusan 7-5 yang direkodkan anak-anak buah Gerard Casas di Kompleks Sukan Nasional (KSN) Panasonic, Shah Alam itu meletakkan mereka di tangga kedua.
Ia sekali gus menyaksikan mereka hanya dua mata di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT) yang meraih kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut.
Namun, aksi tersebut menyaksikan satu insiden mengejutkan apabila pemain Pahang Rangers disiku dengan sengaja oleh pihak lawan.
Pemain tengah Sabah, Syah Azman Ekmal Saleh kelihatan berbuat demikian terhadap lawannya yang bagaimanapun gagal disedari pengadil.
BACA LAGI: JDT tiada simpati ratah Terengganu dalam aksi MPFL
Setara ni punya foul pun boleh.@FAM_Malaysia pic.twitter.com/UQ7XG0EL5Q
— Twt Bola Pahang (@TwtBolaPahang) March 10, 2024
BACA LAGI: Puas raih 3 mata pertama, Ayon harap kekal momentum menjelang aksi Selangor-JDT
Tindakan itu menyaksikan pemain Pahang Rangers berkenaan terbaring sambil menutup mukanya, namun permainan tetap diteruskan.
Insiden tersebut kemudian dimuat naik di akaun X Twt Bola Pahang yang seakan-akan menceritakan kekecewaan mereka akan mutu pengadilan.
Dalam perlawanan tersebut, kelab Pantai Timur itu bangkit selepas ketinggalan 2-3 pada babak pertama sebelum menjaringkan lima gol pada separuh masa kedua.
Pemain import mereka, Felipe de Souza beraksi cemerlang dengan menjaringkan hatrik sementara gol-gol lain disumbangkan Hamdin Zarif, Sirhan Aiman, Murilo Saad dan Amirul Khairuddin.
Bagi Sabah FC pula, Syah Azman menyumbangkan dua gol manakala Felipe da Silva, Akmal Hakimi dan Wan Abdul Raziq mencatatkan satu jaringan.
Mereka kini kekal di tangga keenam dengan satu kemenangan dan dua kekalahan dicatatkan setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram