JOHOR Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) setelah meraih dua kemenangan berturut-turut.
Selepas memulakan kempen musim ini dengan kemenangan besar ke atas Gombak TOT United FC dengan keputusan 6-1, kini giliran Terengganu FA pula menerima nasib sama.
Dalam aksi diadakan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor pada Sabtu, skuad Harimau Selatan jelas jauh meninggalkan pasukan Pantai Timur berkenaan.
Azri Rahman dan Saad Sani yang masing-masing menjaringkan dua gol jelas sukar dibendung benteng pertahanan Terengganu FA sepanjang perlawanan.
BACA LAGI: Kehadiran 14 bintang import bantu kembangkan bakat tempatan — FAM
Kualiti JDT dalam saingan MPFL musim ini terlalu sukar dipertikaikan. — Facebook/FAM
BACA LAGI: [VIDEO] Malang tak berbau, fans futsal JDT kena 'headshot' rembatan tonggak import Brazil
Tidak cukup dengan itu, beberapa pemain lain iaitu Ridzwan Bakri, Abu Haniffa Hasan, Danial Dain dan Fakhrul Islam Anizam turut meletakkan nama dalam senarai penjaring buat JDT.
Meskipun Terengganu FA meraih gol saguhati menerusi Akram Mukhriz Muhamadiah, ia jelas tidak mencukupi buat mereka yang mengalami kekalahan 1-8.
Kemenangan itu menyaksikan JDT menjadi satu-satunya pasukan dengan rekod 100 peratus setakat dua perlawanan dengan empat pasukan lain masih belum beraksi.
Sekiranya mampu meneruskan prestasi cemerlang itu, tiada sebab untuk mereka menjuarai MPFL kali ini setelah hanya muncul naib juara musim lalu.
Bagi Terengganu FA pula, kemenangan 6-1 direkodkan ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC jelas masih belum mencukupi kerana mereka perlu bangkit untuk terus menjadi pesaing dalam MPFL 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram