Sampai ada yang meninggal dunia pun tak dibayar gaji, kru filem desak FINAS siasat pelanggaran kontrak


  • Hiburan
  • Ahad, 10 Mac 2024

Seorang kru filem meninggal dunia dipercayai disebabkan proses penggambaran yang tidak cukup rehat dan dalam keadaan tertekan ketika penggambaran sebuah filem dibiayai FINAS di Bukit Fraser pada penghujung Januari 2024.

PENGARAH filem tempatan mendesak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyiasat penyelewengan dana First Time Amateur Film Makers (Fame) yang disalurkan kepada sebuah pihak penerbitan bagi tujuan penghasilan sebuah filem.

Jumlah sebenar dana tersebut bagaimanapun tidak didedahkan oleh pengarah terbabit, Shuhaimi Zulkefli.

Shuhaimi berkata, selain penyelewengan dana Fame, pihaknya juga kesal dan mahu menuntut bela ke atas kematian seorang kru belakang tabir yang disifatkan teraniaya kerana perlu bekerja lebih 12 jam dalam keadaan dia sakit gara-gara menghidap asma.

Mengulas mengenai dakwaan penyelewengan, Shuhaimi berkata, dia berasakan terdapat penipuan yang dibuat oleh pihak penerbitan selepas mereka mengakui wujud dana tersedia bagi menjalankan projek penggambaran.

"Dalam hal ini, pihak penerbit terlebih dahulu disoal panel penilaian Finas sama ada memiliki sebarang dana luar atau penyumbang dana (funder) untuk projek filem ini kerana ia mengisarkan kisah epik dan melibatkan kos besar, namun dana Fame (yang diberikan) tidak cukup.

"Jawapan yang diberikan pihak penerbit ketika sesi pitching itu ialah mereka mempunyai sumber kewangan luar.

"Saya sifatkan ia adalah satu penipuan kerana tiada penyumbang yang memeterai janji menerbitkan bersama projek ini sehingga hari ini," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Aww thank you my love', 'wish' Bella Astillah masa hari jadi Ruhainies tahun lepas kembali dikorek peminat

462f8b8b-city-43442-1734abd86b7

Penggambaran filem berkenaan dibuat di Bukit Fraser, Pahang selama 14 hari.

BACA LAGI: [VIDEO] Lunar bersyukur UPSI sediakan studio, mahu tembusi 'mainstream' dan guna RM20,000 duit kemenangan ALI2023 buat album

Bahkan, Shuhaimi berkata, tiada sebarang memorandum persefahaman (MoU) berkaitan dana yang dikemukakan sebagai bukti.

"Hanya menggunakan simpanan mereka sendiri serta dana FINAS yang telah diluluskan mengikut Milestone 1 dan Milestone 2," katanya.

Difahamkan, lokasi penggambaran filem terbabit dilakukan di Bukit Fraser, Pahang selama 14 hari bermula penghujung Januari 2024.

Berhubung hal kebajikan, pihak penerbit berkeras untuk meneruskan proses pre-produksi, proses produksi sehingga penggambaran selesai meskipun tiada dana dan kewangan yang mencukupi.

Shuhaimi berkata, hal itu mengundang banyak masalah berlaku sepanjang penggambaran berlaku yang hanya dijalankan selama 14 hari.

"Pihak penerbit juga mengerahkan tenaga kerja kru penerbitan untuk bekerja lebih dari 12 jam semata-mata untuk selesaikan projek filem epik yang mustahil diselesaikan dalam tempoh 14 hari penggambaran," katanya.

Shuhaimi berasa terkilan apabilan salah seorang kru yang terlibat dalam penggambaran filem tersebut, Shazely Rosli disahkan meninggal dunia pada 24 Februari lalu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada keesokan harinya.

"Sepanjang penggambaran, Allahyarham tidak mengadu sakit dan bertahan dari pagi subuh calltime sehinggalah wrap waktu Subuh esoknya pada setiap hari penggambaran.

"Seperti dimaklumkan oleh sebuah klinik kesihatan awam dekat lokasi penggambaran, Allahyarham diserang asma, tetapi sebelum ini, arwah sendiri datang mengaku kepada saya yang dia tidak pernah tahu serta tak ada rekod penyakit asma.

"Arwah ditahan di sebuah hospital sebelum ditukar ke hospital lain yang jaraknya kira-kira 45 kilometer kerana kes penyakitnya semakin kronik sebelum akhirnya Allahyarham ditidurkan hingga menemui ajal," katanya yang yakin kematian itu ada kaitan dengan proses penggambaran yang tidak cukup rehat dan dalam keadaan tertekan.

Tidak hanya kru yang ditindas serta tidak dibayar gaji mengikut perjanjian, Shuhaimi selaku pengarah juga mendakwa dirinya dibayar dengan bayaran harga lebih rendah daripada yang sepatutnya diterima.

"Pihak penerbit turut melanggar kontrak perjanjian bersama saya dengan bayaran yang tidak lengkap mengikut tarikh bayaran serta fasa bayaran sebanyak RM1,670.

"Beberapa lagi kru Head of Department (HOD) yang lain menyatakan tidak dibayar mengikut tarikh yang dipersetujui," katanya.

finasmalaysia

FINAS diminta agar meneliti masalah penganiayaan dan penyelewengan dana Fame yang berlaku ke atas projek sebuah filem.

Cuba untuk mendapatkan bayaran, Shuhaimi menuntut janji yang dibuat pihak penerbitan untuk melangsaikan pembayaran pertama kepada seluruh tenaga kerja namun hanya dikeluarkan dalam group WhatsApp.

"Namun ingatan yang dibuat menyebabkan pihak penerbit menutup group WhatsApp utama tersebut dan bertindak remove seluruh ahli kru dengan alasan berhubung dengan mereka secara personal.

"Ternyata apabila diajukan secara personal, pelbagai alasan diberikan yang tidak selari," katanya.

Oleh itu, Shuhaimi berharap agar FINAS meneliti masalah yang berlaku ke atas projek filem itu.

"Terdapat banyak lagi pelanggaran dan salah laku pihak penerbit untuk saya senaraikan.

"Namun saya memohon atas dasar FINAS serta pihak meneliti kembali kemaslahatan yang berlaku," katanya.

Difahamkan, satu pertemuan diketuai Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki bersama wakil FINAS akan dibuat pada Isnin bagi menyelesaikan kemelut berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram