Hanya 1 peratus halang Brendan Gan sertai Sri Pahang


  • Podium
  • Ahad, 10 Mac 2024

Brendan Gan (kiri) 99 peratus hampir pasti untuk sertai Sri Pahang. — FAM

TEKA-TEKI mengenai masa depan pemain kebangsaan, Brendan Gan masih belum dapat dipastikan selepas jodohnya dengan Selangor FC telah berakhir.

Pemain tengah berusia 36 tahun itu kini masih tidak mempunyai kelab selepas kontraknya dengan Selangor telah pun tamat. Usai berpisah dengan Selangor, terdapat beberapa kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Sebelum ini, Gan dikaitkan dengan beberapa kelab di Liga Super seperti Sabah FC. Namun begitu, khabar angin untuk bekas ketua pasukan Selangor itu kembali ke kelab lamanya dipadamkan oleh pengendali skuad Badak iaitu Datuk Ong Kim Swee.

Kata Kim Swee, dia tidak berminat untuk mendapatkan mana-mana pemain untuk musim baharu.

Gan ada berkata yang dia akan umumkan ketibaannya di kelab baharu selepas tugasannya bersama-sama skuad kebangsaan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selesai.

BACA LAGI: Pengganti Hidalgo sudah ditemui, Kedah ambil pemain sayap Uzbekistan

432004723_1109885353418033_931727604052002600_n

Brendan Gan dilepaskan oleh Selangor pada musim lalu. — FAM

BACA LAGI: Irfan Zakaria ke Kedah demi buru minit permainan, rampas semula tempat dalam skuad HM

Destinasi yang bakal dituju pemain tengah tersebut adalah ke Pantai Timur dengan Gan semakin hampir untuk menyertai Sri Pahang FC.

Menurut sumber dalaman Majoriti, Gan dilaporkan telah "99 peratus bersetuju" untuk menyertai skuad Tok Gajah musim ini bagi menguatkan bahagian tengah mereka.

Pemain kebangsaan itu dikatakan menerima tawaran lumayan daripada pengurusan Sri Pahang. Dengan pemain itu kini berada di fasa akhir kariernya, ia adalah satu tawaran yang sukar untuk ditolak.

Walaupun terdapat beberapa potensi perpindahan yang boleh berlaku melibatkan Gan, namun perancangan Fandi Ahmad terutamanya berkenaan caranya jurulatih itu untuk menggunakannya dalam skuad Sri Pahang telah menarik perhatiannya.

Perpindahan Gan ke Sri Pahang dilihat sebagai tindakan yang menarik kerana ia akan mencipta gandingan dua pemain Harimau Malaya di bahagian tengah.

Pemain veteran itu dapat bergandingan bersama-sama Nor Azam Azih untuk mengawal bahagian tengah. Dengan kualiti yang ada pada legenda Sri Pahang itu bersama Gan, ia pasti akan menghasilkan gandingan yang menggerunkan pihak lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram