KELAB Liga Super, Selangor FC tidak akan mengambil bekas pengendali skuad kebangsaan Thailand, Mano Polking sebagai pengganti kepada Tan Cheng Hoe.
Itu adalah pengesahan yang dinyatakan oleh ketua pegawai eksekutif kelab tersebut, Dr Johan Kamal Hamidon mengenai siapakah pengganti Tan Cheng Hoe.
Menurut Johan, Polking sebenarnya memang berada dalam radar Selangor untuk dilantik sebagai jurulatih baharu. Akan tetapi, namanya tidak berjaya untuk memasuki ke dalam senarai pendek pemilihan mereka.
CEO Selangor itu berkata, mereka memang ada mempertimbang nama Polking tetapi memilih untuk mendapatkan nama lain yang terdiri daripada tiga pengendali luar serta seorang bakat tempatan.
BACA LAGI: Gergasi Merah berputih mata, terlepas penyerang idaman Sabah ganti Ayron
Johan ditemui ketika majlis perjanjian antara Selangor FC dengan AEON BiG di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Ahad. — Balrz.tv
BACA LAGI: Tak ketinggalan, Gergasi Merah turut buru bintang 'tersakiti' TRW
Walaupun Polking tidak akan menyertai Selangor, tetapi Johan mengatakan pengurusan Gergasi Merah tetap akan mendapatkan jurulatih yang berkelas Asia untuk membawa kelab menuju kejayaan.
Kesemua empat nama yang disenarai pendek oleh Selangor mempunyai pengalaman yang luas dan sudah biasa dengan iklim bola sepak Asia.
"Semuanya calon kami berpengalaman dalam (bola sepak) Asia, cuma dalam Asean tak ada," kata Johan kepada Majoriti.
Daripada jawapan ringkas Johan itu, ia memberikan gambaran pengendali baharu Selangor adalah mereka yang sudah biasa dengan bola sepak Asia tetapi tidak dengan Asia Tenggara.
Kebarangkalian untuk pengendali luar menggantikan Cheng Hoe adalah tinggi kerana Selangor cenderung untuk mendapatkan tenaga luar berbanding menggunakan anak tempatan.
Dengan Polking tidak akan bersama Selangor, mungkin Gergasi Merah akan cuba mendapatkan nama-nama seperti Park Hang-seo, Petar Segrt atau Juan Antonio Pizzi bagi mengisi jawatan tersebut.
Bagi nama tempatan, nama Nidzam Jamil banyak disebut-sebut bagi meneruskan apa yang ditinggalkan Cheng Hoe. Dia mungkin kurang pengalaman di Asia, tetapi Nidzam tahu luar dalam mengenai Gergasi Merah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram