Harimau Malaya lawan Nepal aksi 'friendly' sebelum ke Oman jadi bahan ketawa fans Indonesia


  • Podium
  • Sabtu, 09 Mac 2024

Skuad Malaysia akan berdepan Nepal sebelum turun menentang Oman. — FAM

PERSIAPAN skuad Harimau Malaya untuk menentang Oman berdepan dengan persoalan dalam kalangan penyokong apabila sebelum ini ia dilakukan serba kekurangan.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Majoriti sebelum ini, Harimau Malaya dilaporkan akan tempang tanpa perlawanan pemanas badan sebelum terbang ke Muscat untuk berdepan Oman dalam aksi berganda kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Namun begitu, Harimau Malaya dilaporkan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Nepal sebelum bergerak ke Oman dengan ia akan dilakukan secara tertutup.

Ia akan menggantikan dua perlawanan persahabatan yang dirancang untuk diadakan dekat sebuah negara Timur Tengah tetapi tidak dapat diadakan atas faktor tertentu.

Dalam masa yang sama, ia seakan-akan menjadi sagu hati buat para pemain untuk mendapatkan minit permainan kerana sudah tentu mereka dalam keadaan 'berkarat' kerana saingan Liga Super belum lagi berlangsung.

BACA LAGI: Risau tiada aksi kompetitif, Harimau Malaya jumpa pasukan ke-175 dunia sebelum ke Oman

432372538_1109886533417915_4479315383363395006_n

Malaysia perlu raih keputusan positif dalam aksi berganda berdepan Oman. — FAM

BACA LAGI: Harimau Malaya bakal 'tempang' tanpa persiapan menjelang aksi bertemu Oman?

Dengan keputusan tersebut, rata-rata penyokong Malaysia seolah-olah pasrah dengan keputusan terbabit. Pada mereka, lebih baik ada daripada tiada.

"Tak kisahlah lawan siapa pun, janji bila jumpa Oman menang," kata penyokong bernama Azmi Ariffin.

"Okey la tu lawan Nepal. Tak takut sangat ada pemain yang cedera. Bolehlah jurulatih nak cuba pemain baharu," ujar Mohd Shahrin pula.

"Usaha yang baik daripada Malaysia. Sudah lama pemain kita tidak menjalani aksi kompetitif sejak Piala Asia sebabkan liga belum bermula. Perlawanan bertemu Nepal akan tunjuk tahap sebenar kecergasan pemain Malaysia," komen Zaki Zulhusni.

Akan tetapi, keputusan FAM untuk berdepan Nepal telah menarik perhatian penyokong Indonesia. Sebagai seteru kepada Malaysia, mereka menggelakkan keputusan FAM untuk berdepan negara yang di ranking 175 dunia itu.

"Seri lawan Korea Selatan sudah rasa macam dah jadi juara, sekarang boleh pula sparring dengan Nepal," kata penyokong Indonesia bernama Ory Rambe.

"Bagus. Negara serumpun dan sama darjat memang sepatutnya berjumpa. Tahniah," ujar Raymond Sinurat dengan nada perli.

"Ranking 130 dunia tapi cuma berani lawan dengan negara tangga 170 dunia. Buat malu saja," komen Sagi Iman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram