Tak ketinggalan, Gergasi Merah turut buru bintang ‘tersakiti’ TRW


  • Podium
  • Isnin, 05 Jun 2023

Sekitar aksi di Stadium MBPJ yang dipamerkan oleh pemain Gergasi Merah menentang PDRM FC. — Facebook/ Selangor FC

KEGAGALAN Selangor FC membawa pulang tiga mata berharga pastinya meninggalkan kesan mendalam terhadap barisan pemain pasukan tersebut.

Skuad Selangor FC terpaksa berputih mata apabila ditewaskan oleh pasukan PDRM FC dengan keputusan 0-1 dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Sabtu.

Kekalahan tersebut merupakan kali ketiga dalam saingan Liga Super apabila ditundukkan oleh pencabar utama Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 0-4 dan Sabah FC (1-2).

WhatsApp Image 2023-06-04 at 23.17.24

Pemain pertahanan TRW, Muhamad Ghaffar Abdul Rahman. — Instagram/ trwkelantanfc

Bukan itu sahaja, kekalahan tersebut juga berpunca daripada kelekaan tonggak utama Gergasi Merah yang sememangnya yakin akan memperolehi kemenangan dalam perlawanan tersebut namun PDRM FC berjaya menyekat impian itu.

Oleh itu, terdapat beberapa penyokong memberikan pandangan mereka iaitu mengenalpasti kelemahan bahagian kanan skuad Gergasi Merah yang mudah terdedah dengan serangan pihak lawan.

Kelemahan bahagian itu sememangnya memerlukan seorang pemain yang memiliki kebolehan untuk menutup posisi tersebut agar dapat mematahkan serangan pihak lawan.

Dikhabarkan bahawa The Red Giants bakal menerima sentuhan daripada pemain muda Kelantan FC, Muhamad Ghaffar Abdul Rahman yang pastinya mampu membantu kubu pertahanan Selangor FC pada jendela perpindahan Julai depan.

Pemain pertahanan The Red Warriors (TRW) itu mempunyai kebolehan untuk bermain di semua posisi pertahanan.

Hal ini kerana, pemain berusia 25 tahun itu menciptakan tiga hantaran bantuan di posisi bek kanan yang pastinya amat diperlukan oleh Gergasi Merah dalam perlawanan akan datang.

Tambahan pula, pusingan kedua liga akan lebih mencabar berikutan peningkatan yang ditunjukkan oleh pasukan lain dalam semakin menyerlah dalam mengutip tiga mata penuh untuk setiap perlawanan akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram