ACLE punya pasal, JDT dikhabar risik bekas keeper Atletico Madrid sebagai pesaing Syihan


  • Podium
  • Jumaat, 08 Mac 2024

Asenjo pernah beraksi bersama Real Valladolid CF, Malaga FC, Villarreal CF dan Atletico. — Agensi

PASUKAN gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) setakat ini mempunyai skuad depth yang meyakinkan untuk musim baharu ini apabila sudah membawa masuk empat bintang baharu iaitu Jalil Elias, Murilo Henrique, Chico Geraldes dan Nicolao Cardoso.

Selain empat pemain asing berkenaan, Harimau Selatan juga mengikat bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA), Manuel Hidalgo, tiga pemain tempatan dari Kuala Lumpur City FC, (KL City FC) iaitu Declan Lambert dan Ryan Lambert serta pemain Terengganu FC (TFC), Azam Azmi.

Bagaimanapun, keempat-empat pemain baharu Harimau Selatan itu akan dipinjamkan ke pasukan lain untuk mengharungi kempen Liga Malaysia musim 2024 dan 2025 yang bakal membuka tirainya pada Mei depan.

Pemburuan pemain masih terus dilakukan oleh barisan kejurulatihan dan pengurusan JDT apabila juara bertahan Liga Super tersebut akan menandatangani seorang penjaga gol untuk saingan baharu ini.

Melihat pada situasi pertandingan yang bakal ditempuh skuad kendalian Hector Bidoglio ini, kesukaran kejohanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) berpotensi menjadi sebab JDT dikhabarkan akan membawa masuk penjaga gol import.

BACA LAGI: Andai sah ke Liga Super, ada 3 bintang JDT boleh disambar tambah taring Singa Utara

isi dalam

Asenjo kini masih berstatus ejen bebas. — Agensi

BACA LAGI: [VIDEO] Safee Sali 'ok' Perlis United ke Liga Super, janji penuhi syarat

Nama calon penjaga gawang juga sudah disebut-sebut dalam kalangan penyokong apabila Sergio Asenjo iaitu bekas benteng terakhir Atletico Madrid dikhabarkan akan menjadi rekrut baharu JDT nanti.

Asenjo bukan nama asing dalam dunia La Liga apabila pemain yang kini berusia 34 tahun itu pernah membuktikan kepakarannya bersama Real Valladolid CF, Malaga FC, Villarreal CF dan termasuklah tiga musim bersama Atletico.

Pada musim lepas, pemain berketinggian 1.89 meter itu beraksi bersama Real Valladolid bagi saingan divisyen kedua, namun selepas meninggalkan skuad Pucela pada September lalu, Asenjo masih tidak terikat dengan mana-mana pasukan.

Pengalamannya yang meluas dalam saingan Eropah apabila pernah beraksi di kejohanan Europa League dan Liga Juara-Juara Eropah (ACL), pemain kelahiran Palencia, Sepanyol itu pasti tidak mempunyai masalah untuk menangani tekanan di peringkat saingan ACLE.

Kehadiran Asenjo dijangka untuk beraksi di peringkat kejohanan tertinggi Asia itu, sementara Syihan Hazmi dijangka masih berkhidmat untuk perlawanan-perlawanan domestik terutamanya aksi Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram