KEPUTUSAN bek kanan, Rizal Ghazali untuk kembali ke pangkuan Kedah Darul Aman (KDA) FC menerima respons baik daripada penyokong Hijau Kuning selepas dua musim beraksi buat Sabah FC.
Dia yang pernah berkhidmat untuk beberapa tahun buat skuad Sang Kenari memilih untuk menyertai pasukan itu selepas kontraknya bersama kelab Borneo berkenaan tamat awal tahun lalu.
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa pihak yang sedikit tertanya-tanya dengan keputusannya memandangkan kelab Utara tanah air berkenaan berdepan isu tunggakan gaji pada 2023.
Isu berkenaan sekali gus menyaksikan peluang mereka beraksi dalam Liga Super musim depan menjadi tipis selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menegaskan pihak pengurusan perlu menyelesaikan tunggakan gaji seawal mungkin.
BACA LAGI: Jauh mana pun tetap anakmu berdoa' — Rizal Ghazali
Sesi 'live TikTok' antara Rizal dan Baddrol sering dinanti-nantikan penyokong.
Tetapi, bagi rata-rata penyokong Hijau Kuning, ramai beranggapan sikap cinta Rizal terhadap Kedah masih belum pudar meskipun sudah dua musim meninggalkan mereka.
Malah, ada juga yang berpendapat keputusan pemain berusia 31 tahun berkenaan dibuat selepas satu sesi 'live TikTok' bersama sahabat rapatnya, Baddrol Bakhtiar.
"Darah awak Hijau Kuning kan? Awak pun sudah balik ke Kedah kan?" kata Baddrol sebelum dibalas dengan jawapan Rizal yang mengatakan kepulangannya ke Negeri Jelapang Padi hanya untuk pulang ke kampung.
Sesi itu difahamkan dibuat beberapa hari sebelum Rizal diumumkan sebagai pemain baharu KDA FC di samping beberapa nama lain, seperti Syafiq Ahmad dan Zamri Pin Ramli.
BACA LAGI: Last tahun ni di Sabah', komen lama kembali tular kuatkan khabar angin Rizal Ghazali pulang ke Kedah
Rizal bakal beraksi buat skuad Sang Kenari pada musim 2024/25. — Facebook/KDA FC
Tambah Baddrol lagi, kepulangannya ke pangkuan Sang Kenari boleh membantu pemain muda meraih pengalaman berdasarkan tahun-tahun kariernya dalam arena bola sepak tanah air.
Beberapa perkara lain turut dikupas ketika perbincangan kedua-dua bekas pemain kebangsaan itu, termasuk hal peribadi dan masa depan masing-masing.
Selain itu, mereka juga sempat bergurau senda antara satu sama lain yang membuktikan keakraban masing-masing setiap kali di atas padang bukanlah untuk tatapan umum semata-mata.
Baddrol dan Rizal mempunyai hubungan cukup baik semasa mereka beraksi di Kedah FA dan Sabah FC dengan sumbangan kedua-dua pemain itu cukup disanjung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram