'Plot twist', masih tiada di padang latihan Kedah, khabarnya Manny Ott bukan ke TFC, sebaliknya bergabung dengan adik di Indonesia


  • Podium
  • Rabu, 06 Mac 2024

Adik-beradik Ott sama-sama masih menjadi tonggak utama skuad kebangsaan Filipina. — Agensi

KEDAH Darul Aman (KDA) FC akhirnya memulakan sesi latihan pra musim Liga Malaysia (Liga M) untuk saingan 2024/2025 pada Selasa selepas pelbagai dugaan menimpa sehingga ada khabar angin mendakwa Sang Kenari akan beraksi di Liga M3.

Sesi latihan pra musim berkenaan dibuat sejurus pengumuman pemain baharu iaitu penyerang pinjaman dari Johor Darul Takzim (JDT), Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Zamri Pin.

Dalam perkongsian hantaran beberapa foto latihan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah itu, kelibat kapten KDA FC, Manuel Ott masih tidak kelihatan dan ia semakin mengesahkan perpindahannya ke pasukan lain.

Perkembangan dari pemerhati bola sepak tanah air, Zulhelmi Zainal Azam turut menambah bahawa pemain kebangsaan Filipina berkenaan sedang berada dalam rundingan untuk menamatkan kontrak bersama Kedah.

BACA LAGI: Kapten Kedah bakal ikut SD TFC ‘u-turn’ ke Pantai Timur?

WhatsApp Image 2024-03-06 at 16.39.40

Manny Ott dijangka bakal ke Terengganu. — KDA FC

BACA LAGI: Liridon senaraikan 4 pilihan kelab baharu termasuk Kedah dan Selangor

"Manuel Ott tidak kelihatan sesi latihan pertama Kedah Darul Aman. Difahamkan, kapten Sang Kenari itu dalam rundingan tamatkan kontrak on mutual agreement. Ott jadi rebutan beberapa kelab, salah satunya bekas pasukan Terengganu," tulisnya menerusi laman X (Twitter) pada Rabu.

Sepanjang jendela perpindahan ini, nama pemain berusia 31 tahun itu banyak kali dikaitkan dengan bekas majikannya, Terengganu FC (TFC) bagi memperkuatkan lagi jentera tengah skuad Sang Penyu pada musim baharu ini.

Namun, hasrat Terengganu tidak semudah disangka apabila dikhabarkan bakal dicabar kelab Liga Indonesia, PS Barito Putera selepas banyak penyokong dari pasukan berkenaan mengidamkan kepakaran Ott untuk bersama-sama bergabung dengan adiknya, Mike Ott.

Cuma pada masa sama, penyokong Barito Putera hanya boleh menyaksikan penghijrahan Ott ke pasukan berkenaan selepas saingan Liga 1 Indonesia berakhir.

Sekiranya bekas pemain Melaka United itu membuat keputusan untuk bersama adiknya di Barito Putera, Terengganu perlu menyediakan pelan lain untuk mencari calon pengganti pemain berdarah campuran Jerman-Filipina berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram