Lepas sambar prospek import, NSFC terima satu lagi berita baik


  • Podium
  • Khamis, 07 Mac 2024

Skuad Jang akan diperkuatkan dengan kehadiran import, Htet Aung dan Che Rashid musim depan. — Facebook/Negeri Sembilan FC

SELEPAS memberikan sumbangan lebih empat bulan bersama Negeri Sembilan FC (NSFC), pemain sayap, Hein Htet Aung dikhabarkan bakal menabur bakti sekali lagi bersama pasukan berkenaan sebagai pemain pinjaman.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Fadhirul Shuhaimi yang mendedahkan bahawa penyerang muda itu secara rasmi dipinjamkan ke skuad Jang musim depan.

"Sah. Hein Htet Aung dipinjamkan ke NSFC seperti yang dimaklumkan sebelum ini," ciapnya.

Pastinya keputusan mengekalkan pemain import di kem skuad Jang dilihat cukup bijak memandangkan kelab berkenaan tidak memiliki pilihan pemain berkualiti bagi diturunkan dalam posisi berkenaan.

BACA LAGI: Taktikal ‘roadblock’ antara 3 perubahan kem skuad Jang jika berjaya sambar ‘The Giant Killer’

WhatsApp Image 2024-03-07 at 21.19.48

Htet Aung (kanan) difahamkan sekali lagi dipinjamkan ke skuad Jang dari Selangor FC. — Facebook/Negeri Sembilan FC

BACA LAGI: Sesuai klu laman peminat, bintang Penang akan jadi rekrut tergempak skuad Jang?

Bagaimanapun, dalam perkembangan lain, kem skuad Jang juga disajikan dengan berita gembira apabila difahamkan Che Rashid Che Halim kekal bersama pasukan tersebut selepas sebelum ini dikaitkan ke Lembah Klang.

Meskipun begitu, Hasbullah Abu Bakar yang sebelum ini dikhabarkan meninggalkan kelab tersebut memilih untuk meneruskan hasratnya itu bagi membantu bahagian tengah Kuala Lumpur Cit FC.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam yang mendedahkan bahawa NSFC kekal diperkuatkan dengan kehadiran Che Rashid musim depan.

"Che Rashid buat pusingan U, kekal bersama Negeri Sembilan namun Hasbullah sah tinggalkan skuad Jang," ciapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram