Sesuai klu laman peminat, bintang Penang akan jadi rekrut tergempak skuad Jang?


  • Podium
  • Ahad, 03 Mac 2024

Skuad Jang memasang cita-cita besar untuk saingan akan datang selepas mengharungi satu musim mengecewakan. — Facebook/Negeri Sembilan FC

CITA-CITA besar dipasang Negeri Sembilan FC untuk saingan akan datang setelah mengalami satu musim mengecewakan di pentas domestik.

Mereka yang berada di tangga kesembilan Liga Super serta penyingkiran di suku akhir dalam Piala FA dan Piala Malaysia boleh dikatakan jauh ketinggalan berbanding pasukan lain.

Jadi, dalam memastikan kebangkitan dapat direkodkan musim depan, skuad Jang bersedia membuat rombakan terhadap pasukan pada jendela perpindahan kali ini.

Ketika ini, kelab berkenaan masih belum membuat pengumuman mengenai rekrut baharu meskipun beberapa pemain sudah dilepaskan.

Tempoh panjang yang berbaki pasti menjadi sebab untuk pihak pengurusan supaya tidak mengambil keputusan terburu-buru demi masa depan pasukan.

BACA LAGI: Status Selangor mungkin sebab Penang tak dapat pinjam Khuzaimi Piee

430022754_810302394448252_4331636269723247711_n

Klu yang diberikan mengenai rekrut baharu skuad Jang musim depan. Facebook/UltraJang

Namun, bagi penyokong, ia tidak menghalang mereka mengenal pasti wajah-wajah yang bakal disambar berdasarkan struktur kewangan kelab.

Bagi sebuah laman peminat Negeri Sembilan FC, UltraJang di laman Facebook, mereka berkongsi sekeping foto pemain yang disunting dengan mengatakan dia akan disambar pasukan tidak lama lagi.

"Jangan ingat Jang tak pantau kau semua pecah kepala memikirkan marquee signing Negeri Sembilan FC. Antara bayangan yang diberikan ialah sembilan penampilan untuk skuad kebangsaan.

"Ok lah, Jang nak bawak marquee signing ni makan masak lemak cili api. Dia kata tahun lepas asyik makan nasi kandar je," tulisnya.

Gambar yang dikongsikan itu memaparkan seorang pemain beraksi buat Harimau Malaya dengan memakai no 7 yang pasti sukar dikenal pasti pada awalnya.

BACA LAGI: Kembali ke Penang, Sikh Izhan bagi mesej 'simple' tunjuk semangat berkobar

359485021_804838044490185_7617029479409998659_n

Hadin (kanan) merupakan watak penting skuad Harimau Kumbang musim lalu. Facebook/Penang FC

Bagaimanapun, bagi penyokong, pemain dimaksudkan UltraJang ialah penyerang Penang FC, Hadin Azman yang pernah mewakili negara sebanyak sembilan kali.

Ia dilihat cukup sesuai dengan klu diberikan memandangkan nasi kandar cukup sinonim dengan negeri Utara tanah air tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus mengumumkan pasukan itu akan mendapatkan seorang pemain dikenali dengan ia akan menjadi perpindahan terbesar buat mereka.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak mendedahkan bintang dimaksudkan kerana sudah mempunyai tempoh masa untuk berkongsi berita berkenaan di samping pengumuman ketua jurulatih baharu mereka.

Sekiranya Hadin sah menyertai skuad Jang, ia akan membawa perbezaan dari segi serangan buat mereka yang sedikit tumpul sepanjang 2023.

Pemain berusia 29 tahun berkenaan menjadi watak penting buat skuad Harimau Kumbang yang turut bergelut musim lalu dengan tiga gol dan tiga bantuan jaringan direkodkan dalam 17 penampilan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram