Import lincah pernah ingatkan pencabar jangan pandang rendah Gergasi Merah


  • Podium
  • Khamis, 07 Mac 2024

Skuad Gergasi Merah pernah mengalami isu prestasi sehingga menyaksikan mereka sering dipandang remeh.

SELEPAS bertahun-tahun berdepan isu ketidaktentuan, skuad Gergasi Merah akhirnya boleh dianggap sebagai antara pasukan terbaik Liga Super.

Sebanyak 61 mata yang diraih musim lalu menyaksikan pasukan berkenaan layak ke Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2, sekali gus menamatkan penantian ke pentas Asia buat kali pertama sejak 2016.

Jadi, tidak hairanlah apabila kini Selangor FC dianggap sebagai pasukan terbaik tanah air sehingga ada yang berpendapat mereka mampu menamatkan dominasi Johor Darul Ta'zim (JDT).

Tetapi, kemegahan kelab Lembah Klang itu pernah tercalar beberapa tahun lalu setelah mengalami isu prestasi dan pengurusan di pentas domestik.

BACA LAGI: Tinggal tunggu 'done deal', Mano Polking bakal ikat kontrak bersama Selangor

2186631

Andik merupakan salah seorang import terbaik dalam sejarah moden Selangor FC.

Perkara itu disaksikan pada 2015 ketika mereka gagal meraih sebarang kemenangan selepas tiga perlawanan Liga Super yang meletakkan mereka di tangga kesembilan Liga Super.

Kekalahan kepada Terengganu serta dua keputusan seri kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang menyaksikan skuad Gergasi Merah tidak dilabel sebagai pencabar utama.

Tampil mempertahankan pasukan itu ialah import dari Indonesia, Andik Vermansyah yang menegaskan pencabar lain tidak boleh memandang rendah pasukan.

Penegasan itu dibuat setelah Selangor meraih keputusan positif berdepan Felda United dalam pusingan awal Piala FA menerusi penentuan sepakan penalti.

BACA LAGI: Sekali lagi kena loan Selangor lepas NSFC, Penang memang kelab idaman Sikh Izhan

sgor_juara_pm_2015

Selangor bangkit menjuarai Piala Malaysia 2015 setelah memulakan musim dengan perlahan. Facebook/FAM

Menurutnya, permulaan pada awal musim tidak membuktikan mentaliti pasukan terjejas sehingga membolehkan pasukan lain memandang remeh akan kemampuan mereka.

Kata-kata Andik itu menjadi pembakar semangat buat skuad Gergasi Merah apabila mereka menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.

Tidak cukup dengan itu, Selangor turut meraih kejayaan bermakna pada penghujung musim dengan menjuarai Piala Malaysia, sekali gus melayakkan diri ke Piala AFC 2016.

Sumbangan Andik juga tidak kurang hebatnya setelah dia muncul watak utama buat jentera serangan pasukan dengan menjaringkan tujuh gol dan dua bantuan jaringan dalam 34 penampilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram