KEPUTUSAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa Perlis United FC (PUFC) layak ke Liga Super bukan saja mencetuskan kontroversi, malah dijangka menutup peluang beberapa kelab kerdil untuk mengisi slot ke divisyen tertinggi Liga Malaysia itu.
Antaranya termasuk, Kuala Lumpur (KL) Rovers yang sebelum ini disebut-sebut bakal ke Liga Super selepas selepas muncul sebagai naib juara Liga M3.
Ekoran keputusan MFL itu, KL Rovers difahamkan mahu 'membawa diri' ke Liga Singapura selepas surat permohonan kelab itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tersebar di laman X.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pemerhati bola sepak tanah air, Fina Nasrom mengatakan bahawa naib juara Liga M3 itu sudah pun menghantar surat permohonan ke badan induk sukan.
BACA LAGI: AFL sahkan terima permohonan Kelantan beraksi di Liga M3 musim depan
Pengumuman KL Rovers mengenai permohonan bermain dalam Liga Singapura musim depan.
BACA LAGI: Jika Kedah jatuh ke M3, Nafuzi Zain berpotensi dalam 'standby list' 3 kelab Liga Super
"KL Rovers berhasrat sertai Liga Singapura musim ini. Difahamkan sudah menghantar surat permohanan menerusi badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," ciapnya.
Meskipun tidak menjuarai Liga M3, pasukan tersebut berjaya meraih kedudukan kedua dengan mengutip 54 mata dan mencetak 48 jaringan.
Sebelum ini, selain Imigresen FC, KL Rovers antara pasukan yang dijangka bakal mengisi kekosongan slot ke-14 bagi saingan Liga Super musim ini.
Namun, skuad berkenaan terpaksa melupakan hasrat tersebut selepas difahamkan Perlis United dicanang menjadi calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kelantan FC itu.
Untuk rekod, KL Rovers menamatkan saingan Liga M3 musim lalu selaku naib juara di belakang Imigresen FC manakala Perlis United pula menamatkan musim lalu di tempat kelapan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram