Nasib Kedah, KL dalam Liga Super makin kelam, 2 kelab Lembah Klang disebut bakal naik pangkat


  • Podium
  • Khamis, 29 Feb 2024

KDA FC dan KL City FC masih giat mencari jalan penyelesaian akan isu tunggakan gaji dialami mereka. — Facebook/KDA FC

KEMELUT kewangan yang dilanda arena bola sepak tempatan dijangka akan membawa satu episod duka apabila dua kelab, Kuala Lumpur (KL) City FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC berkemungkinan akan disekat ke Liga Super 2024/25.

Dua pasukan yang diberikan tempoh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkenaan sehingga penghujung minggu ini terbabit difahamkan masih belum menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan staf kejurulatihan.

Meskipun sudah diberikan Lesen Kebangsaan sebelum ini, kegagalan menemui jalan penyelesaian membuatkan pihak First Instance Body (FIB) mengambil tindakan sedemikian.

Jadi, persoalannya, sekiranya kedua-dua kelab tersebut disekat daripada menyertai Liga Super musim depan, adakah MFL akan meneruskan saingan dengan hanya 11 pasukan?

Isu tersebut dikhuatiri akan membuatkan tahap kompetitif divisyen teratas bola sepak tempatan semakin merosot kerana jumlah perlawanan semakin berkurangan berbanding sebelum ini.

BACA LAGI: Jika Kedah jatuh ke M3, Nafuzi Zain berpotensi dalam 'standby list' 3 kelab Liga Supe

394394898_18243542518226799_7306370431107998170_n

Imigresen FC yang menjuarai Liga M3 musim lalu merupakan calon terbaik untuk dibawa ke Liga Super. Facebook/Imigresen FC

BACA LAGI: AFL sahkan terima permohonan Kelantan beraksi di Liga M3 musim depan

Bagi penyokong bola sepak tempatan, Piang Shankly, dua kelab dikatakan sudah semakin hampir untuk mengisi slot itu sekiranya nasib KDA FC dan KL City FC dimuktamadkan tidak lama lagi.

"MFL sedang pertimbangkan untuk 'menurunkan pangkat' Kedah dan KL City dari Liga Super dan menaikkan Imigresen FC serta Harini FT," tulisnya di aplikasi X.

Ia bukanlah kali pertama pasukan dari Liga M3 disebut bakal menyertai divisyen teratas bola sepak tanah air kerana Melaka FC dan KL Rovers juga pernah dikaitkan.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tiada kata putus diberikan memandangkan kenaikan ke Liga Super memerlukan suntikan dana lebih hebat.

Selain itu, KL Rovers dan Melaka FC dikhabarkan hanya akan diberikan slot untuk menggantikan Kelantan FC yang dihalang daripada memperolehi Lesen Kebangsaan akibat isu pengurusan.

Imigresen FC dikatakan calon terbaik untuk menyertai Liga Super 2024/25 selepas menjuarai Liga M3 musim lalu sementara Harini FT yang mempunyai lambakan bekas pemain kebangsaan mampu menyemarakkan lagi kehangatan bola sepak tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram