TIDAK mempunyai bukti kewangan yang kukuh antara kebimbangan jika pasukan dari Liga M3 anjuran Liga Bola Sepak Amatur (AFL) untuk menyertai saingan Liga Super musim 2024/2025, dijadualkan bermula Mei ini.
Kekhuatiran tersebut dilontarkan oleh Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali dan sekali gus menolak cadangan jika pasukan dari AFL dipilih untuk mengisi kekosongan kelab bagi saingan Liga Super.
Safee yang juga bekas pemain kebangsaan tersebut berkata, kelab dari saingan Liga M3 berlatarbelakangkan amatur yakni sebuah pasukan kurang profesional dari segala aspek seperti kewangan, pemain dan tahap kompetitif.
“Saya risau sebab AFL tak terbukti dari segi kewangan. Bila masuk Liga Super adalah satu jurang yang sangat besar dari segi perjalanan, kos pemain, kontrak dan sebagainya. Kita kena ada aset untuk mengendalikan sebuah pasukan.
“Penyertaan mereka merisaukan dan dari segi tahap kompetitif liga, saya pun agak tak suka sebab terlalu jauh. Liga Super dan AFL bukan satu tahap yang sama kerana amatur dan profesional sangat berbeza,” katanya kepada media pada Sabtu.
BACA LAGI: AFL sahkan terima permohonan Kelantan beraksi di Liga M3 musim depan
"Kalau saya ada kuasa saya tolak"
Penyertaan pasukan Liga M3 ke Liga Super merisaukan mantan penyerang kebangsaan, Safee Sali.
CC @majoritionline pic.twitter.com/M0Ei4raN7h
— rahmieeee (@rahmi_jono) February 24, 2024
Bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu ditemui selepas Majlis Pelancaran Super Safee Soccer School di Rafa Serenia Football Turf, Sepang, Selangor.
Safee bagaimanapun meletakkan tanggungjawab penyertaan pasukan AFL kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) susulan hanya pengelola domestik berkenaan yang tahu hala tuju Liga Super musim ini.
BACA LAGI: Lambakan bintang paksa 3 bintang dalam pembikinan Gergasi Merah ikut langkah Sikh Izhan
“Saya tak tahu apa perancangan dan hala tuju MFL sebab dari segi kompetitif bukan jalan terbaik. Kalau saya ada kuasa saya akan tolak penyertaan tapi saya tiada kuasa. Sebab itu saya hanya melihat dari luar tapi logiknya dari segi tahap kompetitif tak sama.
“Misalnya Harini FT yang dari AFL lawan JDT, jurang sangat besar. Selangor nak lawan JDT pun sangat susah. Kalau liga bawah tak kompetitif memang tak bagus untuk bola sepak,” tambahnya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa MFL mengesahkan tiga pasukan dari Liga M3 telah memohon lesen luar biasa untuk menyertai saingan Liga Super musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, tiga pasukan itu terdiri daripada Imigresen FC (IFC), Harini FT dan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram