SEBUT sahaja nama Ashaari Shamsuddin, sudah tentu ramai penyokong tanah air mengenali legenda bola sepak tersebut terutamanya peminat Terengganu FC.
Ashaari memulakan kariernya bersama Terengganu pada 2005 sehingga 2016 dengan melakukan lebih daripada 200 penampilan.
Sepanjang bersama skuad Sang Penyu, pemain berketinggian 1.80 meter itu pernah memenangi satu kejuaraan bersama Terengganu iaitu Piala FA Malaysia 2011 menewaskan Kelantan.
Ashari yang juga pemain kebangsaan pernah dinobatkan sebagai pemenang kasut emas Liga Super 2010 dengan 18 jaringan.
BACA LAGI: Hanya sedia runding pegangan saham, bukan jual kelab KL Rovers
Ashaari pernah mencipta sejarah dengan meledak 22 gol dalam saingan domestik. — Agensi
BACA LAGI: Skuad Jang cuba pikat ‘The Giant Killer’
Beraksi cemerlang sebagai penyerang skuad Sang Penyu, khidmat Ashaari pernah ditagih untuk membantu skuad Harimau Malaya bermain dalam Kejohanan Merdeka dan Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Phuket, Thailand musim 2008.
Ketika itu, Ashaari dilaporkan memenangi cap antarabangsa penuh pertamanya bersama pasukan senior dalam Kejohanan Merdeka menentang Afghanistan musim 2008 dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 6-0.
Meskipun meledak dua gol untuk skuad kebangsaan ketika itu, Ashaari yang turut digelar 'The Silent Killer', tidak menerima sebarang panggilan untuk beraksi bersama Harimau Malaya musim 2009.
Bagaimanapun, selepas setahun menanti, namanya dipetik oleh pengendali Harimau Malaya ketika itu, K. Rajagopal yang mahu dia menyertai pasukan kebangsaan dalam menggalas tugas perlawanan Sukan Asia Guangzhou Bawah 23 Tahun (B-23) dan Piala Asean Suzuki musim 2010.
Ashaari pertama kali mencipta nama dalam saingan domestik dua tahun lalu apabila menjaringkan sembilan gol untuk Terengganu dalam Liga Super dan membantu Terengganu memenangi pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) di Kuala Terengganu, Terengganu pada tahun yang sama.
Walaupun diketepikan dari persada antarabangsa tahun lalu, dia berjaya menjaringkan 22 gol untuk Sang Penyu dalam pertandingan domestik.
Bagaimanapun, penyerang kelahiran jati Bukit Payong, Marang yang dikenali cukup berbisa di atas padang telah memutuskan untuk bersara dari arena bola sepak profesional pada usia 34 tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram